Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, October 30, 2007

EM

Sebelum ni saya hanya dengar pendapat orang.
Ramai kata guna EM untuk cendawan ni bagus..
Emmmmm....ye ke?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengikuti kursus pendek mengenai EM oleh Saudara Khairul Akmal di Meru Klang pada ahad lepas.
Terima kasih kerana bekalkan maklumat mengenai EM di samping teknik tanaman cendawan komersial. Saya juga dah cuba resepi cendawan goreng crispy. Ni guna tepung gandum je tapi lebih sedap dan ada potensi untuk komersialkan. (Selalunya guna tepung kentaki)

Kesimpulannya secara kasar, EM akan
1) Mempercepatkan pergerakan maiselium kepada 40 hari sahaja (selalu 60 hari)
2) Hasil cendawan akan bertambah 15-20%. Hasil boleh tuai 7-8 kali (biasa 6 kali)
3) Cendawan akan lebih tahan selama 6-7 hari dalam chiller (biasa 2-3 hari)
4) Dapat mengurangkan peratusan kerosakan pada beg terutama serangan kulat hijau, oren dan hitam. Kalau beg rosak kurang 5%, kira dah world class dah tu.
5) Bertindak sebagai penghalau organik kepada serangga (lipas, semut, bari, ladybird). Caranya: sembur diluted EM sekeliling/dalam bangsal pada nisbah yang disyorkan. Ini dapat menyelesaikan masalah saya selama ni. Bari banyak.
6) Cendawan lebih kenyal dan sedap. Tak la hancur masa goreng walaupun dah 5 hari petik.
7) Bertindak sebagai agen untuk membentuk baja organik pada beg cendawan yang tamat tempoh. Beg yang dah keluarkan hasil sepenuhnya, jangan terus dibuang. Boleh buat baja organik dan jual ke nurseri atau guna sendiri kat pokok bunga.

Walau bagaimanapun, setakat ini saya masih belum jumpa satu analisis lengkap oleh pengusaha cendawan atau agen EM tentang keberkesanan EM ni. Analisis lengkap dengan data perbandingan antara hasil cendawan biasa dan hasil cendawan EM. Ada sapa yang bermurah hati nak syer maklumat.

Saya diberi satu EM saiz 100ml untuk testing.
Insyaallah saya akan test untuk production akan datang. Kalau ok, saya akan beli lagi dan buat perbandingan sendiri, tapi resultnya hanya dapat paling awal pun 4 bulan. Selamat menunggu.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008