Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, November 24, 2007

Brapa kos nak mula projek?

Inilah soalan lazim yang selalu ditanya terutama semasa kursus cendawan. Semua orang akan bertanya mengenai kos permulaan untuk projek cendawan. Bagi saya, soalan ni perlu diubah.
Soalan yang sepatutnya ialah, Brapa modal yang kita ada? Rm100? RM200? RM500, RM1000, RM10,000?

Ini kerana projek cendawan boleh bermula dengan sebarang kos. Melihat kepada modal yang ada, cendawan boleh diusahakan depan rumah teres (buat rumah macam rumah orkid tu), belakang rumah, dalam bilik kosong, stor barang, bilik mandi, ruang dapur. Yang mana duduk kat kg, lagi banyak advantage. Kawasan luas. Beli je net hitam segulung (dalam RM60-70), selesai masalah. Mana yang rumah jenis bertiang, buat je bawah rumah. Rumah untuk cendawan ni flexsible. Asalkan jaga kebersihan sekeliling, kelembapan, cahaya, suhu dan pengudaraan yang baik, insyaallah subur.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam blog rakan lain, walau besar manapun modal yang ada, mulakan dengan RM100 dulu. Beli dalam 100 beg dan jaga dengan teliti. Faham perkembangan maisilium,bila nak buka/tutup, buka tapi tak keluar, nak buat apa, pusingan buka/tutup, korek tunggul, kenapa cendawan kerepot, macam2 ada....
Yang paling penting marketing. Canangkan kat orang kampung/ofis yang kita buat cendawan. Tengok respon. Kalau baik, baru besarkan. Kalau tak baik, cari kenapa. Perbaiki.

Cendawan bukan perkara baru untuk orang Melayu. Masuk ni ialah kali ke 4 gelombang industri cendawan menyerang. Kalau sapa-sapa yang pernah membaca Jutawan Senyap oleh Chef Li, akan faham mengenai Sindrom Cendawan. Seangkatan dengan hangat-hangat tahi ayam. Gelombang cendawan ni mula awal 80-an dulu. Lepas tu senyap. Timbul balik awal 90-an. Ramai bungkus terutama usahawan Bumiputra. Yang ketiga ialah lewat 90-an. Ni pun ramai bungkus. Lepas tu senyap hinggalah 2006 timbul balik gelombang ni. Kali ni berbeza dengan yang lalu. Sokongan kuat dari kerajaan sehinggakan cendawan di masukkan ke dalam kategori tanaman industri. Ada pulak road show dari Puan Normah dari Kementerian yang menampakkan gelombang kali ni berbeza. Mari kita sama-sama teruskan gelombang ke 4 ni sampai bila-bila. Jangan ada gelombang lagi. Terus majukan industri ni. Insyaallah berjaya.

7 comments:

Anonymous said...

I tengah surfing psal cendawan dan ter"pijak" blog saudara.Menarik walaupun blog ni masih baru.Persoalan saya:-
a- Apa yang buat saudara minat menanam cendawan?

b- Kenapa saudara katakan saudara observe project ni sejauh 300km?

Tunas Alam Agrotech (001714018-X) said...

jangan 'pijak' blog saya. he..he..he..
Tujuan utama sebab nak tambah pendapatan. Cendawan sebab mudah,murah,perlu kawasan kecil,nak ajar kat orang pun senang, hasil cepat dan banyak lagi.
Saya kerja kat banting selangor dalam bidang profesional. Nak buat kat sini, tanah takde. So buat kat kg Bota kiri perak. Mak n ayah tolong run untuk tengok prospek.

Anonymous said...

OK...saya pun tengah mencari peluang,cuma kena hati hati kerana dah tak tertanggung risiko biz ni.Macam saudara,cuma ada 1 rumah cendawan,memang tak leh running continuosly,sekurang-kurangnya kena ada 2 rumah cendawan.Betul tak?

Tunas Alam Agrotech (001714018-X) said...

betul...memang kena ada 2 rumah baru selesa...tu yang tengah plan rumah kedua.

Anonymous said...

Posting saudara akan datang,boleh tak citer perbandingan harga setempat item-item seperti:
a- habuk kayu
b- plastik
c- benih cendawan
d- kapur
dan item-item yang sewaktu dengannya.

Tunas Alam Agrotech (001714018-X) said...

susah nak cari harga ni satu persatu. Paling mudah rujuk kat sini
http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=768

Anonymous said...

sy berminat sgt dgn business cendawan ni. tapi masalahnya skg, sy masih lagi belajar di tahun akhir n sy x de pengalaman dalam pertanian. So, ape langkah2 yg sy perlu lakukan?
tanah utk rumah cendawan n budget dah ade dalam tangan. tapi x de la besar sgt. mcm mana nk dapatkn supplier of raw material?

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008