Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, November 2, 2007

CABARAN 1

Saya dah henti buat beg pada Julai lepas. Sebanyak 6000 beg dihasilkan. Nak concentrate pasal buat beg,penjagaan, pusingan dan marketing. Banyak yang dipelajari dan perlu belajar lagi. Hampir 1000 beg dibuang sebab salah teknik suntik dan kukus . Masa pegi kursus, belajar teori je memang nampak senang tapi bila dah buat sendiri baru tau langit tinggi rendah. Dah tu kena pantau dari jarak 300km. Saya kerja di banting dan projek kat kg bota.
Bila dah confident dengan pengurusan dan marketing, baru melangkah lebih jauh. Bangsal sedia ada mampu muat lagi 3k dan ada beg yang di penghujung hayat. Jabatan pertanian titi gantung banyak beri sokongan dan bantuan teknikal. Terima kasih.

TAPI.....habuk kayu takda lak. Merata cari kat perak. Pengusaha sediada pun merungut. semua pembekal bagi alasan. Musim hujan la, kayu getah tak keluar dari ladang pasal dah dekat depavali la, kilang kayu low productivity pasal pekerja indon masih raya kat kg....macam- macam.
Mungkinkah akan terjadi permintaan habuk melebihi pengeluaran kalau dah ramai tanam cendawan. Maklum la, kawasan pokok getah makin kurang setiap tahun.Kerajaan kena tengok gak benda cam ni. Galak industri cendawan tapi basic material support takde.
Ada sapa boleh bantu saya dapatkan habuk?

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008