Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, November 27, 2007

Cendawan dan habuk

Kali ini kita cerita tentang habuk..(cam pensyarah lak.hehehehehehe . . . . )
Cendawan yang disentuh hanya cendawan tiram kelabu. Cendawan lain saya taktau.

Cendawan adalah spesis parasit. Tidak membuat makanan sendiri kerana tiada klorofil (yang color hijau tu). Untuk hidup, ianya mengambil makanan dari tempat lain. Dalam kes ini, zat dari habuk kayu reput. Bila dah 6-7 kali kita petik cendawan dari beg, zat habuk kayu dah berkurangan. Cendawan masih boleh hidup tapi tak ekonomi dari segi saiz dan kuantiti. So,bila dah 6-7 kali petik buang je la. Space dia boleh letak beg baru. Kalau ada yang teringin nak recycle balik habuk tu,nak kukus balik, henti je la...bazir gas dan tenaga. Taktau la pulak kalau ada teknologi baru used habuk tu boleh recycle balik untuk cendawan. Kalau nak recycle untuk buat baja, memang boleh tapi saya tak pernah buat sebab taktau sapa nak beli. Setakat ni saya hanya lambakkan kat pangkal pokok sawit.

Habuk kayu getah boleh dikatakan masih baru dalam teknologi cendawan. Dulu (zaman 80-an) orang tanam cendawan menggunakan medium kapas. Kapas dari pokok kapas, bukan kapas tiruan (fibre).
Prosedurnya sama, sumbat kapas dalam beg/botol,kukus dan letak benih. Cendawan keluar cantik tapi orang kata ada bau kapas sikit. Tah la..betul ke tidak. Saya takde pengalaman.
Bila kapas dah kurang,, maka dicari alternatif. Masa tu pertanian negara memang tengah gila tanam pokok sawit, habis ladang getah tukar ke sawit. Abis batang getah nak buat apa?. Timbul pulak idea untuk papan dan perabut. Maka banyak kilang kayu getah tumbuh. Dari sini datang idea untuk guna habuk kayu getah. Sapa yang buat kajian...tah la..kena tanya MINT.

Habuk kayu getah je ke yang sesuai? Saya tak pernah cuba habuk kayu lain selain dari getah. Cuba kita bincang secara logik.
Kayu dari pokok balak seperti cengal,meranti,nyatoh,merbau dan jati biasanya mahal. Mahal kerana kualitinya yang tahan lama. Tahan lama kerana keras. Tak caya, cuba tumbuk kayu cengal dan kayu getah, mana yang 'kemek' teruk. Tumbuk pakai penukul la...jangan pakai tangan. Nanti lain yang kemek. Berbanding kayu getah yang testurnya yang lebih 'lembut', maisilium cendawan hanya perlukan 2 bulan untuk penuh bag. Kalau guna habuk kayu cengal, maisilium masih bergerak tapi pada kadar perlahan sebab testurnya yang keras. Mungkin 3 bulan, 4 bulan, saya tak tau. Kena buat trial n error. Bila dah lambat, tentu tak ekonomik dan % untuk beg rosak lebih tinggi.

Satu lagi semua jenis kayu balak digergaji di satu kilang. Takde rasanya kilang khas gergaji balak cengal je pasal kuantiti balak yang dikawal kerajaan. Jadi untuk optimumkan operasi kilang, semua jenis balak digergaji dibawah satu bumbung. Jadi....habuk dah bercampur dengan berbagai jenis kayu. Pergerakan maisilium akan berbeza antara habuk cengal, jati, merbau sebab testurnya berlainan. Jadi susah nak plan pengeluaran. Walaupun tarikh suntik benih (saya lebih suka istilah letak benih) sama tapi bila dibuka, ada yang keluar dan ada yang tak sebab pergerakan maisilium yang berlainan.

Habuk kayu getah atau balak mestilah yang tidak dirawat dengan bahan kimia. Maknanya habuk dari kilang yang inputnya batang kayu dan outputnya ialah papan/blok kayu. Bukan habuk dari kilang yang inputnya papan/blok kayu dan outputnya semi finish product lain. (perabut, papan lapis). Kilang semi product ni biasanya menggunakan bahan kimia pada kayu untuk mengelakkan serangan serangga dan kulat lain sebelum digergaji mengikut saiz/bentuk produk. Sapa nak beli meja berkulat, ye tak?. Oleh itu habuk dari sini memang tak sesuai. Maisilium akan mati. Tapi kalau nak test gak, mintak/beli la seguni habuk, dan test kat rumah. Kalau dalam seminggu benih tak bergerak, memang sah ada kimia. Begitulah sebaliknya.
Ringkasnya, criteria untuk habuk kayu getah ialah
1) Tidak dirawat dengan bahan kimia.
2) Berwarna perang sikit. Yang baru digergaji berwarna putih sikit. Putih pasal getah masih ada. Nanti kalau guna, cendawan berbau getah skrap skit. Biar 1-2 minggu dulu.
3) Tidak terlalu gelap. Yang ni dah lama sangat dan lembab. Spora cendawan lain senang tumbuh di habuk yang lembab. So, zat habuk dah kurang.

Memandangkan habuk kayu getah pun dah terhad sekarang, pihak MINT (rasanya) telah memulakan kajian untuk menggunakan habuk kayu pokok sawit sebagai alternative tapi result belum keluar. Harap-harap positif.
Malah saya dapat tau dah ada orang cuba buat menggunakan habuk kayu dari pokok bakau dan berjaya. Cuma kuantiti dan kualiti kena observed lagi.
Sekian….

3 comments:

nizam cendawan global said...

satu penerangan dan maklumat yg menarik. Ramai yg masih kabur ttg habuk ni sebnarnya termasuklah saya, hehe

BumiSejagat said...

Syabas!! Info yg amat bernas dan updated, saya memang nak buat niz cendawan nie, isyallah next week ke Atiqah untuk kursus.Ermmm....sedara update2 le info nie, nanti boleh juga kita bertukar2 fikiran dan idea

Tunas Alam Agrotech (T.A.A) (001714018-X) said...

Insyaallah...apa yang saya belajar dan faham...saya akan share kat sini.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008