Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, November 9, 2007

Resepi Cendawan Crispy

Resepi ni tak banyak beza dengan resepi lain... tapi ianya lebih rangup dan berselera Yang anda perlukan ialah :



2 biji telur yang dah ditambah serbuk lada hitam, serbuk bawang putih, sedikit kunyit dan garam. Pukul telur ni.



tepung gandum dan serbuk roti (bread crumbs)



Cendawan segar yang dibelah (dalam 300g). Cendawan tidak perlu dibasuh untuk mengelakkan terlalu banyak air diresap oleh insang.

Caranya :
1) Cendawan di golek/gaul di atas tepung gandum supaya ada tepung melekat di cendawan
2) Celup cendawan tadi ke dalam telur
3) Golekkan cendawan basah ni ke atas bread crumbs yang banyak
4) Goreng dengan api yang sederhana. Api kecil menyebabkan cendawan resap minyak. Terlalu besar menyebabkan hangus di lapisan luar.





Siap dah Cendawan Goreng Crispy.
Cubalah...pasti tak menang tangan mengoreng...
Lepas ni saya tunjuk pulak cara untuk buat cendawan goreng crispy sejuk beku.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008