Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, November 27, 2008

Ekonomi pengeluaran cendawan (RE-POST)

Ramai yang masih tertanya-tanya samada bisnes cendawan ni boleh untung ke tak?
Hanya dengan mendengar cakap orang dan tengok kejayaan orang lain, maka ramai yang meminati bisnes ini.
Di sini ada satu kaedah pengiraan untuk menunjukkan bisnes ini memang menguntungkan.

Bagi mereka yang memilih untuk membuat beg sendiri, adalah dinasihatkan bermula dengan projek skala kecil. Kecil bermaksud dalam anggaran 3000 beg.

Apa yang diperlukan

BANGSAL (yang menjimatkan kos)
Bersaiz 20x25 yang menggunakan bahan/kayu 2nd hand.. =RM4000
Ruang kerja (stor habuk,gaul,begging dan kukus) .. =RM1000
..........................................TOTAL .. =RM5000
Ruang suntik - manafaatkan sudut dalam bangsal. Hadang sikit ruang tu bagi mengelakkan aliran udara yang kuat dan ambil langkah antiseptik sebelum letak benih.
Kos bangsal ini adalah flexsible. Cuba kurangkan kos dengan guna bahan terpakai dan yang mana pandai bertukang tu..lagi bagus.

PERALATAN
Dapur 3 lingkar ................= RM50
Tong drum 2 (1 unit dibahagi 2). = RM50
Tong gas + hose ................ = RM100
Paip getah (untuk watering)..... = RM30
Neck,top,stoper, ......... = RM540
Lain-lain overhead cost ..... = RM100
......................... TOTAL = RM870

KOS OPERASI
Kapur 20kg @ RM0.20 ...............=RM4.00
Dedak padi 170kg @ RM0.70...........=RM119.00
Gas (30x kukus)@RM25.00............=RM175.00
Air (5 bulan utk beg dan watering) =RM 50.00
Elektrik (5 bulan).................=RM80.00
Span 3kg @ RM3.50..................=RM10.50
Benih 60 beg,300g/beg @RM3.00 .....=RM180.00
Beg PP 20kg @ RM8.00...............=RM160.00
Habuk (anggaran 1.7 tan)@RM80.00/tan.=RM136.00
Tenaga buruh (untuk 5 bulan) .....=RM500.00
Lain-lain overhead kos ............=RM100.00
.............................TOTAL =RM1514.30

Segala kos mungkin berlainan bergantung sumber bahan diperolehi.


Apakah jumlah pendapatan anda?
Anggaran beg rosak sebanyak 10%
Maka beg yang mengeluarkan hasil adalah 2700 beg

Setiap beg akan mengeluarkan hasil antara 50g ke 70g dengan anggaran sebanyak 5-6 kali petik.
Oleh itu,secara purata setiap beg akan mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 250g.
Dengan 2700 beg akan menghasilkan 675kg cendawan dalam masa 3 bulan penghasilan.

KOS PENGHASILAN 1 KG CENDAWAN = KOS OPERASI /JUMLAH HASIL =RM1514.30/675kg = RM2.24
Murahkan.....bayangkan kalau beg keluarkan lebih 250g (memang lebih),pasti kos makin kurang

Apakah pendapatan bersih anda?
Harga cendawan = RM8.00/kg
Maka pendapatan kasar = RM8.00x675kg = RM5400.00
Kos operasi = RM1514.30
Pendapatan bersih = RM5400-RM1514.30 = RM3885.70
Pendapatan bersih sebulan (selama 3 bulan penghasilan)= RM1295.20

Tetapi harus diingat, kita masih perlukan 2 bulan untuk pemeraman, jadi masa sebenar untuk mendapat pendapatan kasar tu ialah selama 5 bulan.
Oleh itu pendapatan bersih sebenar sebulan ialah RM3885.70/5 = RM777.14

Agak berbaloi kerana anda hanya perlu kerja 2 jam sehari untuk 3 bulan terakhir tu.
Bayangkan pulak kalau anda rajin pegi jual sendiri cendawan tu kat pasar pada RM10.00/kg.
Kira sendiri la. Income dah ribu-riban tu.
Dalam masa 5-6 bulan sahaja, pelaburan untuk bangsal dah dapat balik.

Ini hanyalah panduan secara kasar untuk mencongak pendapatan kita.
Mungkin ada kaedah pengiraan yang lebih bagus, sama-sama kita kongsi maklumat.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008