Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, November 19, 2007

Masalah dah selesai

Alhamdulillah.....
Setelah berhempas pulas selama 3 minggu, 4 kilang kayu getah call dan 4 supplier habuk, akhirnya dapat gak habuk. Satu lori dihantar pada khamis lepas. Harga mahal sikit tapi masih berbaloi....
Terima kasih kepada mereka seangkatan yang menbantu saya menyelesaikan masalah ini. Bagi no contact untuk follow up.
Lepas ni kena ambil iktibar...agak2 lagi seminggu nak habis, kena la order. Baru la proses buat beg tak putus.

Bila dah ada habuk, mula la cari partnernya....dedak padi. Dah harga dedak pun naik jugak. 'Sikalang apa balang tatak naik halga?' kata tokei tu...Adoi...bertambah lagi kos...tapi harga kulit gandum (option kepada dedak padi) masih takuk lama. Malangnya takde stok. Barang tempatan mencanak-canak naik dan yang asalnya import boleh maintain harga pulak.

Tu belum tol dan petrol yang ura2 (dah sah rasanya)nak naik tahun depan. Bila petrol naik...dah tentu gas masak pun naik... dah kos kukus naik jugak...
Pening-pening pasal kos ni...

Minggu ni saya balik kg. Selain ada kenduri kat Seberang Perak, ada benda yang lebih penting perlu diselesaikan. Semua gambar dah ambil untuk posting. Nanti-nanti la saya cerita. Masih awal lagi.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008