Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, December 31, 2007

Keberkesanan EM

Dulu saya telah cerita untuk test EM. Sekarang hasilnya telah terserlah. Walaupun hasil cendawan belum lagi dituai dari beg mengandungi EM, tetapi kesan ke atas beg media telah terbukti.



Dengan melihat 2 beg media ini menceritakan segalanya. Yang sebelah kiri ialah beg tanpa EM yang diletak benih pasa 2/12 manakala yang sebelah kanan ialah beg berEM yang diletak benih pada 16/12. Walaupun maisilium dalam beg EM ketinggalan 2 minggu, tetapi ia mampu 'mengejar' beg tanpa EM dan sekarang hampir sama panjang maisiliumnya. EM boleh mempercepatkan pergerakan maisilium hampir 30%-40% dari kaedah biasa.

Sekarang dah hampir 3 minggu saya menggunakan EM untuk semburan pada lantai, dinding net dan luar rumah. Ianya dilakukan pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Hasilnya memang agak berkesan. Dulu kadar cendawan reject pasal ulat agak banyak sebab banyak bari dan ladybird tu. Sekarang jumlahnya amat berkurang dan kadar reject ketara kurangnya. Mungkinkah pasal EM atau tahap kebersihan rumah dipertingkatkan. Apapun saya berpendapat EM sedikit sebanyak membantu masalah saya dulu.

Kadar beg media baru reject pun berkurang dengan ketara. Setelah 2 minggu rumah baru beroperasi dengan jumlah beg yang ada sekarang ialah 3080, alhamdulillah, hanya 1 beg dikesan kena kulat hijau, dan 1 beg ada tanda-tanda kulat oren. Beg ini dah diasingkan. Hanya 0.06% kadar reject walaupun masih terlalu awal untuk berkata demikian. Bagi beginner yang cuba bergerak ke arah komersial seperti saya, ini adalah sesuatu yang menakjubkan dan memberi semangat untuk lebih berusaha.

Jalan masih jauh...dan perlu diteruskan. Saya akan melihat pula hasil cendawannya nanti.

5 comments:

Amir said...

Salam TAA,

Nak bertanye, EM yg en pakai tu selain drp diserbur dlm n luar rumah cendawan, en. gunakan jugak ke ms nak gaul medium?? Berapa ratio yg biasa en. gunakan?? Thanks..

amir said...

Salam TAA,

Lupa nak tanye, EM yg en. jual tu dah siap utk direct bancuh ngan air ke?? Berapa en. jual per liter?? Berapa lm belh tahan n camne nak simpan EM ni.. Thanks..

Tunas Alam Agrotech (T.A.A) (001714018-X) said...

Salam amir..
selain sembur luar dalam rumah..EM juga saya letak dalam beg media masa bancuh.EM yang digunakan yang dah siap aktif. Tambah air je. Nisbah 1:500. Contoh jika air yang digunakan ialah 15Liter, maka EM ialah (1/500)x15liter = 0.03liter atau 30ml. Guna air hujan atau air paip yang bertakung 2-3 hari (bebas klorin).
Harga EM?..Sila lawat http://bakteriabaik.blogspot.com. Kalau simpan dalam suasana bilik air boleh tahan 2 bulan.

amir said...

Salam En.Azman,

Terima ksh diatas nasihat en. Untuk sembur dalam rumah cendawan, boleh tak kt sembur selepas semburan entiseptik (exp: campuran dettol) utk matikan kuman utk rumah cendawan yg br??

Ape advise En.Azman ttg penggunaan EM utk rumah cendawan yg br?? Perlu sembur lg tak entiseptik tu sebelum EM?? Thanks..

Tunas Alam Agrotech (TAA) said...

Salam En Amir...
Untuk rumah baru saya buat begini.
Sembur racun ulat keliling rumah,lantai dan rak kayu. Biar 2-3 hari. Kemudian sembur Dettol ke rumah, net, lantai dan rak. Biar 3-4 hari sebelum masukkan beg media. Kemudian sembur EM ikut jadual. Tak perlu sembur dettol lagi. Nanti ada effect ke EM dan cendawan. Kalau dah banyak penyakit dalam rumah, kosongkan rumah untuk sembur racun/dettol lagi.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008