Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, December 28, 2007

Perihal tong drum II



Saya menggunakan dapur 3 lingkar untuk kukus. Ada yang guna dapur 2 lingkar tapi belum pernah jumpa pakai 1 lingkar (macam dapur rumah tu).







Lapisan beg ke 3

Batu bata digunakan sebagai pelapik bahagian dalam. Letakkan secara menegak. Isi air sehingga tinggal 1 inci bahagian batu bata. Letakkan pelapik kayu atau besi. Sekarang dah guna pelapik kayu. Sebelum ni guna pelapik besi dari peti ais lama. Kemudian susun beg media selapis demi selapis. Setiap lapis boleh memuatkan 25-27 beg media. Antara lapisan tu letak la jaring besi kasar supaya kedudukan beg yang diatas lebih stabil. Ada yang meletakkan alas dari guni dan plastik keras ditepi tong drum bagi mengelakkan sentuhan terus antara plastik beg dan tong drum tapi saya terus je susun tanpa alas. Setakat ni belum ada beg yang pecah kesan terbakar. Kekadang ada karat yang melekat kat beg tu... Biasala. Tong drum dari besi..bukan stainless steel. Guna tutup sebagaimana yang dibincangkan sebelum ni.

Proses kukus saya buat 6 jam. Mula-mula dulu saya buat 8 jam. Dah kursus kata 6-8 jam..saya buat la 8 jam. Rasa lama sangat..saya buat 7 jam. Dah kawan2 kata 6 jam pun ok...saya pun buat 6 jam. Pas tu sebab nak jimat gas..saya pun try lagi dengan 5 jam.. Akibatnya...500-600 beg rosak sebab tak cukup kukus...he..hehe...hehe.. jangan tiru cam saya. Jimat tak bertempat. Saya rasa 6 jam adalah minimum. Mungkin ada orang lain yang lebih advance..boleh cite kat sini.

2 jam yang pertama saya buka api semua lingkar. Lepas tu buka api di lingkar yang luar sekali sampai la cukup 6 jam untuk jimat gas. Satu tong gas yang besar (16.5 kg kot) tu boleh kukus 4.5 - 5 kali kukus. Maknanya 1 tong boleh kukus dalam 500 beg. Ada yang bagitau saya dia boleh buat sampai 7 kali kukus...Tah cam mana dia buat tah.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008