Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Sunday, December 9, 2007

Perihal tong drum

Bagi mereka yang mula berjinak dengan cendawan, tong drum adalah pilihan untuk proses kukus. Mudah dan murah. Tetapi hati-hati, benda yang mudah ni pun kekadang kita buat silap. Tong drum berharga sekitar RM30-RM40 sebiji, bergantung lokasi dan jenis. Pemilihan tong drum amat penting. Antara perkara yang perlu diambil kira
1) Tong drum elok dari segi fizikalnya. Tak kemek dan berkarat teruk. Kemek sikit kira ok la, tapi pastikan tak pecah bahagian kemek tu. Nanti wap keluar. Elakkan yang karat. Ketika panas, bahagian karat lebih aktif untuk terus mereput sebab tindakbalas dengan oksigen. Kalau tong tu boleh tahan 2-3 tahun, dah tinggal 5-6 bulan pasal karat. Kos tu.

2) Asal usul tong drum itu. Dulu diisi apa? Yang paling elok ialah bekas minyak hydraulik/engine. Ianya mudah dikenali pada logo/tulisan pada tong tu. Tong bekas ni mudah dicuci dan tidak meninggalkan bau pada tong. Basuh dengan diesel sikit untuk hilangkan minyak dan sekali dengan sabun. Elakkan tong drum bekas racun, diesel, petrol dan sebatian organik lain. Bekas racun walaupun sudah dicuci, akan mengeluarkan wap ketika tong dibuka selepas kukus. Boleh pengsan kalau hidu wap ni.





bersih dan 'kemas'

Bekas diesel dan petrol akan menyebabkan tong meletup ketika cuba membuka tutup atas dengan grinder atau oxy-cutter walaupun tong dah dicuci. Tong bekas sebatian organik akan meninggalkan satu lapisan macam jelly getah dalam tong walaupun puas menyental. Susah nak buang bila dipanas berulang kali. Saya dah kena tong jenis ni. Serik. Tapi biasa la, tong bekas minyak hydraulik ni mahal 5-6 ringgit dari tong lain. Jenis pilihan ramai.

3)Saiz tong drum. Biasanya orang beli 2 tong drum. 1 sebagai container dan 1 lagi sebagai penutup. Yang penutup ni biasanya dibahagi 3 atau 2 bergantung tahap keperkasaaan orang tu (larat ke tak angkat tutup tu nanti).
Oleh itu saiz tong drum perlu sama. Setakat ni saya hanya pernah jumpa 2 saiz tong drum je. 1 yang biasa kita tengok, 1 lagi agak kecil.

Apa yang perlu dibuat bila dapat tong drum?
1) Buka tutup kecil kat atas tu. Pakai la apa yang patut, janji dapat buka. Sori..lupa amik gambar.
2) Masukkan air untuk cuci. Buat la 2-3 kali
3) Buka tutup besar atas . Pakai grinder untuk nipiskan klip atas ni.Pastu tanggalkan je. Takde grinder, antar je ke kedai welding. Mintak tolong diorang buka pakai oxy-cutter. Kedai welding jauh/takde, pakai parang tebal atau kapak. Pastu yang lebih tu kepakkan ke dalam. Tapi bahaya kepada kanak-kanak sebab ada bahagian tajam. Yang paling elok dan cantik finishingnya ialah pakai grinder.
4) Tanggalkan tutup tu.
5) Tong kedua dibahagi 2/3 bahagian untuk penutup. Sebenarnya penutup yang ditanggal tadi pun boleh guna sebagai penutup. tapi bila ada tutup dari tong lain, jumlah beg yang dikukus lebih sikit. Kalau tong dibahagi 3, ada tambahan 1 layer lagi. Kalau tong dibahagi 2, ada tambahan 2 layer lagi. Satu layer muat dalam 25-27 beg.


Untuk penutup tong dibahagi 3


Untuk penutup tong dibahagi 2

7) Letak tong yang siap ni bertindih dengan tiub motor sebagai sealer

4 comments:

amirru_san said...

Salam TAA..
Saya Amir dr KB.. Just nak bertanya psl tong ni, utk seal penutup ngan tong tu, gn kan tiub. Tp camne nak make sure tiub tu btl2 melekat kat penutup tu?? Pls advise.. Thanks.. :)

Tunas Alam Agrotech (T.A.A) (001714018-X) said...

Diameter tiub tayar motor lebih kecil dari diameter tong drum. Memang betul2 ketat dan melekat, tapi bila dah lama2 pakai, tahap elastik dah kurang pasal panas-sejuk bergilir. Kena tukar baru.

nazmy said...

ada 1 lg jenis tong dram-dipnggil tong dram untuk jus (pineapple lazimnya) yg sebelah betutup & sebelah lg tbuka, dijamin bebas dr grease/minyak etc...yg tu rsnya lg ok, apa pandangan saudara?

Tunas Alam Agrotech (T.A.A) (001714018-X) said...

saya tak pernah tengok tong cam ni. Jika boleh seal wap dari keluar dengan baik dan boleh kukus lebih banyak dari tong drum..memang boleh diguna.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008