Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, December 6, 2007

Proses bermula kembali

Dengan adanya habuk kayu dan bantuan adik yang sangup turun dari KL, proses membuat beg bermula kembali. Segala proses dilakukan dengan teliti. Pengalaman 4-5 bulan lalu banyak mengajar tentang cendawan. Cukup la hilang 1k beg pasal masalah disiplin kukus dan letak benih. Habis kulat hijau dan serangan ulat.
Alhamdulillah....beg yang 4 hari letak benih menunjukkan tanda positif. Takde yang rosak. Tapi terlalu awal untuk kata camtu. Kekadang yang dah 2 bulan pun kena serang penyakit. Tapi ok la tu.Pemberi semangat untuk mula kembali.


Nampak putih tu baru jalan


Memang santai buat beg bawah pokok sawit. Dulu buat bawah rumah lama...tapi dah kena runtuh dah.

Kali ini semua beg dibuat dengan bantuan EM kecuali kira-kira 5 ratus yang terdahulu.
Harap EM dapat membantu seperti apa yang di war-warkan.

Target 1k - 1.5k beg dibuat seminggu menggunakan 2-3 drum yang ada. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.



2 hari lepas kutip 6.5kg. Dengan adanya adik full time, pasaran baru diteroka. 3 pasar mini di sekitar setuju untuk ambil. Habis dijual.... Legaaa.
hari ni pulak jual 14.3 kg. Yang semalam dan ari ni production combine...alhamdulillah..ada kedai nak.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008