Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, December 4, 2007

Sayap berkembang

Sebelum raya lepas, Jabatan Pertanian Perak Tengah telah mengantar email kepada saya. Bertanyakan perkembangan projek. Saya balas email dan saya dikehendaki berjumpa dengan Penyelia kawasan En Akram. Beberapa hari selepas raya, saya berjumpa dengan En Akram. Rupanya saya dikehendaki mengisi borang bantuan geran dari Jabatan Pertanian. Alhamdulillah. Orang mengatuk disorong bantal. Kami bersembang dan ada galakan dari mereka. Menurut Jabatan Pertanian, ada pemborong dari K.Lumpur bertanyakan cendawan sekitar sini. Oleh itu mereka menggalakkan saya membesarkan projek saya. Tentang pasaran mereka suruh usaha dulu.Cari kedai dan restoran.Cara begini lebih menguntungkan kerana tolak harga mahal. Cuma letih la sikit. Kalau dah mati kutu baru jumpa mereka. Insyallah ada jalan keluar.

Memang dari dulu saya melihat potensi cendawan segar ni. Tanpa maklumat dari Jabatan Pertanian ni pun, memang saya plan untuk membesarkan projek saya. Bila dengar pasaran dah ada dari Jabatan Pertanian, makin berkobar untuk besarkan projek. Dalam keadaan sekarang yang keluarkan 3-4 kg sehari, mak dan ayah saya hantar ke kedai sekitar. 3-4 kedai je. Selang- seli antar. Tu belum mengintai bandar Sri Iskandar dan Taman U. Banyak kedai runcit, restoran, pasar basah, dan pasar malam. Belum cerita untuk pujuk orang jual pisang goreng tepi jalan atau pasar malam untuk jual cendawan goreng. Kat area Perak yang saya tau cendawan goreng belum sampai. Ramai yang tak pernah rasa dan tengok. Saya ada pengalaman masa raya lepas.

Apa langkah pertama untuk besarkan projek? Yang jadi masalah utama saya ialah seseorang yang perlu uruskan full time. Dari masalah buat beg sehingga marketing. Tak boleh harapkan kat orang tua saya je. Faktor usia dan kederat mereka kena amik kira. Setelah berbincang dengan keluarga, adik saya di KL sanggup run bisnes. Kebetulan pulak dia kehilangan kerja akibat gawat. Alhamdulillah...semuanya dah bermula 1/12/2007 lepas.

Langkah kedua, buat rumah kedua. Semua saving saya dan isteri dikeluarkan untuk support projek baru. Nekad. Berbincang dengan ayah untuk minimakan kos. Semua bahan akan guna 2nd hand. Rumah kayu lama yang ada depan rumah yang dah lama saya beli dari ayah bakal diruntuhkan. Kayu meranti untuk rumah kedua. Grand ooo...




Masih elok tersergam. Tinggalan arwah Tok Wan berusia lebih 30 tahun.



Dah habis dikerjakan.

2 comments:

PJ said...

cantik lagi rumah di kampung tu.seronok nengok.tentang potensi cendawan tu,dah ada motivasi dah camtu,kena mula congak bab marketing strategies nampaknya.hehehehe.kira jab pertanian tempat saudara ok le dari kawan kita kat uni tun hussein on tu nampak gaya.

fatisha said...

alamak.. sayangnya.. umah tu lawa lagi...

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008