Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, December 17, 2007

Sayap TAA berkembang lagi

Dengan progress rumah kedua yang lebih besar dan tersusun, Tunas Alam Agrotech kini melangkah dengan lebih yakin.



Tanah yang dah ditolak dan ditambak ....


Pandangan dari sudut lain ....

Rumah bersaiz 26 x 40 kaki dengan ruang kerja di hadapan bersaiz 18 x 20 kaki boleh memuatkan 20-25k beg. Ruang kerja ini boleh upgrade ke rumah cendawan kalau keadaan diperlukan. Lagi additional 10k beg. Rumah pertama akan dijadikan rumah peram je. Setelah cukup 2 bulan, beg2 media akan dipindahkan ke rumah kedua (rumah hasil). Pengalaman rakan lain yang diserang penyakit dan hama, menyebabkan saya mengasingkan beg media peram dan hasil. Safety first.

Rumah hasil hanya ada satu side wing, satu lagi tak sempat buat, poket dah kering. Nanti ada modal boleh la tambah sebelah lagi side wing.


Pandangan depan. Dah 70% siap.


Pandangan dari belakang ....

Bumbung dari zink aluminium 2nd hand. Masa melawat Vita Tanjung Sepat, memang perasan 80% bumbungnya dari zink aluminium. Walaupun ketika itu tengahari, memang takde bahang panas langsung. Semua pekerja dia nampak selesa bekerja waktu tengahari. Tu yang cuba zink aluminium. Pernah saya tanya kat hardware yang baru tapi mahal. Dalam RM4.00 untuk sekaki panjang. Lebar lebih kurang 2.5 kaki. Terus cancel dan plan nak pakai zink biasa 2nd hand. Pi la merata tempat cari zink 2nd hand. Masa tengah pilih, pekerja tu tanya nak buat apa. Bila kata nak buat cendawan, dia rekemen zink aluminium 2nd hand. Dia tunjukkan stok dia. Masih ok lagi.


Gambar 'curi' masa pilih zink aluminium 2nd hand. Banyakkan stok dia.

4 comments:

amir said...

Salam,

Saya Amir dr KB.. Nak bertanye sikit, atap zink aluminium yg 2nd tu en. bl dgn harga berape sekaki persegi??
Sya tgh dlm proses nak buat rumah cendawan saya (20x40) n kalo tidak keberatan, boleh tak tuan share ngan sya total kos yg tuan peruntuk utk rumah cendawan br tuan?? Plan dan susunatur rumah sya pun tak seberapa bgs sgt, boleh jd tuan boleh advise saya design yg terbaik utk rumah cendawan ni.. Terima kasih..

Amir (wanamir81@yahoo.com)

Tunas Alam Agrotech (T.A.A) (001714018-X) said...

nak bagi nasihat..saya bukan pakar...sikit-sikit boleh la.
zink to beli pada harga RM1.50 sekaki panjang. Lebar fix at 2.5 kaki.
kalau rumah saiz 20x40..biar yang pendek (20kaki) tu mengadap matahari terbit dan terbenam. Rumah akan lebih sejuk dan gelap. Naikkan bata dalam sekaki keliling rumah untuk elakkan binatang (ular,kala dan lipan) masuk. Binatang ni memang suka tempat sejuk dan gelap. Pakai net hitam gelap 70% dan lapis 2. tu je idea yang saya ada.

amir said...

Thanks TAA.. Yr advice byk membantu sya.. Hope that u punye biz akan makin berkembang.. Pls share with us yr success story..
Wassalam..

aamia said...

betul tu... harga sekaki dlm rm1.50 ke 2.00... saya dah survey!! kalau baru rm4.00. Kalau kawasan perumahan.. tak leh larr nak ikut cara pasang tu.. cam saya terpaksa sambung kebelakang. Tak der pilihan..kalau kawasan terbuka tentu pengudaraan dia cantikk!!

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008