Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, December 5, 2007

Sindrom "Pacat Kenyang"










Saya taktau nak bagi nama apa. Saya panggil sindrom "pacat kenyang" sebab rupanya memang cam tu. Sindrom ni terjadi dengan ketulan cendawan tumbuh dan cuba berkembang dalam beg plastik. Yang tumbuh kat muncung tu ok la...sebab dia akan berkembang sepenuhnya dan petik. Tapi yang dalam ni dia cuba berkembang tapi tersekat oleh beg...dan akhirnya 'mati' cam tu je.
Sebab sindrom ni terjadi ialah (betulkan kalau saya salah) kerana lebihan cahaya.
1) Rumah cendawan agak cerah. Kena la tambah net hitam selapis lagi.
2) Cuba perhatikan bongkah yang paling tepi dalam rak atau paling atas. Selalunya ada benda ni sebab yang tepi tu yang paling banyak kena cahaya. Yang lain dah blok dengan bongkah lain sebelah menyebelah di atas rak.
3) Mana-mana beg yang terkena direct dengan matahari waktu naik atau tenggelam pun ada masalah ini. Yang dalam gambar tu akibat kena direct matahari.

Sindrom ni tak bahaya dan tak memudaratkan beg. Cuma hasil kurang sikit je pasal sebahagian zat habuk dah diambil oleh pacat ni. Kalau boleh elakkan..lagi bagus...tapi bila dah ada ribu-riban beg...mana ada masa nak belek satu2.

2 comments:

Impian Mushroom said...

salam TAA, Semoga Allah mencurahkan rezeki ke atas usaha anda. Mengenai sindrom tu, ia berpunca dari beg yang terlalu renggang/ tidak padat. anak2 cendawan ini akan mencari ruang udara atau oksigen utk ia membesar. Jika padatnye sempurna, ia hanya akan keluar melalui laluan 'neck/ring' yang telah dibuka penutupnya. pastikan beg pp tidak bocor. Semoga maklumat ini berguna utk TAA di masa hadapan.

Impian Mushroom said...

tertinggal sesuatu, 'pacat' tu juga mudah buruk dan akan menjejaskan hasil. Berkemungkinan akan merosakkan keseluruhan beg.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008