Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Sunday, January 20, 2008

Aktiviti seminggu

Petang tadi kedai komputer call, bagitau pc dah siap.
Terus ambil dan pasang.
Berikut adalah aktiviti saya dalam seminggu. . .

--> Di Fatisha Agro Farm
Saja menjenguk rakan kat Bangi buat kursus. Memula plan memang saya nak tolong pada 5 dan 6 januari tapi last minit 5 jan tak boleh pegi pasal kena keje. Ganti rakan. Pegi la yang 6 januari je. Memandangkan saya ada pengalaman guna mini mixer, Cik Rusila minta tolong tunjukkan cara supaya hasil gaulnya lebih rata. Seronok tengok dia buat kursus.

--> Lawatan ke Mentah Resourses.
Pada 9 Jan lalu saya sekeluarga pergi ke Kundur. Setelah beberapa kali sesat...akhirnya jumpa gak. Sapa sangka dalam hutan sawit ada ladang cendawan besar cam tu. Kebetulan pulak ada lawatan geng Felda Serting seramai 20 orang. Terima kasih kepada En Rasul dan En Zainuddin. Dah la layan kami dengan baik...siap ada mee goreng dan kuih lak tu.. Payah nak cari tuan rumah cam tu..
Untuk saya mengusahakan secara komersial, lawatan begini penting untuk saya melihat pengusaha lain dalam menguruskan ladang mereka. Saya percaya bahawa untuk memaksimumkan keuntungan, pengurangan kos operasi dan bahan penting untuk menghasilkan kualiti dan kuantiti produk yang sama.
Antara perkara yang menarik perhatian saya:-

1) Mesin pengisi dan memampat yang ringkas dan praktikal. Saya anggar boleh buat 150-200 beg/jam.

2) Pengukus yang muat 4k beg dan menggunakan kayu sebagai bahan bakar. Memang betul-betul cut cost. Kukus 8 jam pulak tu. Terus terang saya katakan saya tak berani untuk buat macam tu. Pakai tong drum pun kekadang ada yang rosak pasal tak cukup kukus. Memang kena ada skill yang tinggi baru saya berani pakai pengukus ribu-riban cam tu. Tu pun tak tau bila.

3) Bilik suntuk yang kecil je tapi boleh suntik 4k beg. Mereka menggunakan sistem ala-ala roller (tapi takde roller) untuk proses suntik. Ada ruang in dan out utuk raga beg media. Rupanya tak perlu ruang suntik yang besar untuk 4k beg.

4) Penggunaan rak dari buluh dan kayu 2nd hand secara meluas. Jimat kos.

5) Bumbung yang rendah dan dari zink biasa. Dengan satu lapisan penebat di bawah bumbung, keadaan dalam bangsal memang sejuk.

6) Persekitaran yang bersih menjamin kurangnya ancaman penyakit.

--> Pos benih
Ini kali kedua saya pos benih cendawan. Beli 25 beg yang belum matang dan antar ke kampung. Pakai pos laju. Dah tak larat nak balik kampung je tiap minggu. Banyak kerja kat sini tertangguh sampai keta pun tak sempat nak servis. Alhamdulillah..benih sampai dalam keadaan baik. Kali pertama pos dulu ada yang rosak. Sekarang dah tau teknik..senang sikit.

--> Stok raga
Saya mempunyai stok raga tapi dalam kuantiti terhad. Boleh muat 12 beg media. Tahan panas dan tahan lasak. Masa balik kampung dulu, saya dah test. Masukkan sebiji dalam tong drum dan kukus selama 6 jam.. Hasilnya, raga masih teguh. Ada sapa-sapa nak order. Harga RM2.00 sebiji. (nanti saya letak gambar).

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008