Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, August 12, 2008

Laporan Kursus TAA kali ke-5

Alhamdulilah selesai sudah kursus kami pada 10 Ogos dengan kehadiran 14 orang peserta.
Antara rekod yang tercipta pada kursus kali ini:
1. Pasangan anak beranak En Yaacop dan Cik Ainah
2. 2 orang rakan dari Sarawak iaitu En. Colbert dan En. Abadnigo tetapi bekerja di Lumut. Mereka menimba ilmu di sini sebelum balik ke Sarawak untuk projek mereka. Khabarnya cendawan tiram kelabu dijual RM25/kg di kawasan mereka.
3. Perserta paling jauh iaitu En Amran Mohamad dari Perlis, juga ingin mendalami ilmu penamaman cendawan.
4. Kehadiran peserta kursus kami yang ke-3, Puan Napsiah yang memberi sokongan moral kepada suaminya yang juga peserta kursus kali ini, En Azizi.
5. Juga kehadiran Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah, yang berpejabat di Bandar Sri Iskandar iaitu Puan Yazlina Yahya. Terima kasih kerana sudi luangkan masa bersama kami dan beliau sudi memberi kata-kata perangsang dan panduan kepada bakal usahawan cendawan serta menyampaikan sijil. Berikut adalah post-post menarik sepanjang kursus kali ke-5.







  • Tak sabar nak balik Sarawak taman cendawan . .banyak untung lo kata En. Abad dan En. Colbert
  • Ishhhh tak puas nak kutip dah habis pulak. . .



  • Apala yang ditenung peserta kita ni . . Pn. Izan buat magik ke?
  • Bukan main suka lagi nak packing . . Ni saya punya nak bawa balik nanti

  • Aik nak tumpang skali ke boss
  • Cik Ainah . . Jangan luas sangat buka mulut nanti masuk lalat hehehe. .

  • Pn. Yazlina memberi kata perangsang kepada bakal usahawan
  • Loving couple En. Azizi dan Pn. Napsiah

  • Semuanya kekenyangan selepas pekena Cendawan goreng
  • Walaupun sibuk dengan kursus cendawan segar perlu dihantar kepada pelanggan

Duduk dari kiri : En. Amran, En. Shahreell, En. Yaacop, En. Norazman, Pn. Yazlina dan Cik Ainah
Berdiri dari kiri : En. Azrul, En. Azizi, En, Hawari, En. Lotfi, En. Harun, En. Ismady, En. Mohd Yusof, En, Colbert, En. Mohd Salleh dan En. Abadnigo

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008