Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, February 2, 2008

Rak

Susunan rak juga memainkan peranan penting. Ketinggian rak, jarak antara rak dan jarak beg bersebelahan perlu diambil kira.

1) Tinggi rak

Ada pengusaha yang buat rak 8 kali tinggi. Yang ni selalunya kat bandar atau kat belakang rumah teres untuk memaksimakan ruang. Maklumlah...ruang terhad. Tak bolah kekiri/kanan..maka 'diluaskan' ke atas. Tapi masalahnya beg yang kat atas tu kena 'lawat' pakai tangga. Nak kutip hasil...nak korek ..leceh sikit. Selalunya tinggi rak yang ideal ialah 6 kaki. Setakat yang boleh dicapai tangan masa petik dan korek. Nak check beg masa peram pun senang.

^ Contoh rak yang cantik ^ Yang ni contoh rak saya, 6.5 kaki tinggi

2) Jarak antara rak

Yang ni bergantung kepada selera masing-masing tetapi elakkan kurang dari 30 inci. Jika kurang dari 30 inci dikuatiri dilution CO2 (carbon diokside) yang terbebas dari beg masa dibuka tidak cukup. Ini yang membuatkan hasil kurang dan hasil yang tak cantik. Perlu ada pengudaraan yang baik bukan sahaja antara luar dan dalam tetapi juga dalam rumah sendiri. Sebab itu tebal net kena ambil kira dan kebanyakkan pengusaha besar ada opening kat tengah-tengah bumbung untuk lebih pengudaraan. Udara panas dan CO2 yang ringan akan ke atas dan perlukan dilution. Saya buat 34 inci sebab rasa lebih selesa untuk aktiviti kutip dan korek dan ada opening sikit kat atas bumbung.

^ Opening di aras sebelah kanan

3) Jarak antara beg bersebelahan

Juga penting supaya perkembangan maisilium tak terencat. Bila maisilium bergerak, ia bernafas dengan mengeluarkan haba. Beg yang tengah yang teruk. Keliling dah ditindih dengan beg lain, jadi takde ruang untuk keluarkan haba. Tinggal la bontot belakang yang ada untuk mengeluarkan haba. Jika beg rapat (bontot bertemu bontot), haba akan terperangkap dan beg menjadi panas. Tak baik untuk maisilium. Perlu ada jarak antara 4-6 inci supaya ada ruang untuk pengudaraan.

^ Contoh yang perlu dielakkan ^ Jarak antara beg ialah 5 inci

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008