Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, January 2, 2008

Tahun 2008

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada pengunjung TAA. Kita tinggalkan suka duka 2007 dan sama-sama meriahkan 2008. Sama-sama kita jadikan 2008 adalah tahun untuk kejayaan industri cendawan. Kita ramaikan lagi usahawan cendawan dan wujudkan jalinan atau kerjasama yang lebih erat antara pengusaha. Sama-sama pelbagaikan produk dan pasaran. Jangan hanya bergantung kepada pasaran segar sahaja walaupun harganya cukup konsistan. Ini penting agar industi tidak dimonopoli oleh satu pihak saja yang menyebabkan usahawan kecil dan yang 'merangkak' seperti kita tidak gulung tikar.

2007 adalah permulaan untuk TAA. Banyak pengalaman, cabaran dan masalah dilalui dan alhamdulillah kebanyakkannya berjaya diatasi hasil sokongan dan panduan rakan-rakan lain.
2008 akan dimulakan dengan perancangan yang lebih rapi dan teliti agar peluang pasaran dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat digunakan secara maksimum mungkin.
Antara beberapa perancangan yang bermain di kepala:
1. Saya melihat masih ramai terutama di sebelah utara yang amat berminat dengan cendawan tetapi taktau macammana hendak bermula. Kurang saluran maklumat yang membolehkan mereka mengenali industri cendawan dengan lebih dekat dan terperinci. Berbekalkan sedikit pengetahuan, pengalaman dan kemudahan alatan (rumah, beg media,proses begging dan sebagainya) TAA merancang untuk mengadakan kursus cendawan dalam masa terdekat. Ini adalah satu sumbangan kepada mereka yang baru mengenali cendawan. Apa-apapun saya perlu memenuhkan rumah baru saya dengan cendawan.

2. Mengikuti kursus benih cendawan. Memandangkan kesukaran saya untuk mendapatkan benih yang bermutu sekitar Perak Tengah menyebabkan saya terpaksa memikirkan alternatif untuk mendapatkan benih. Membuat benih sendiri adalah kaedah terbaik untuk mangatasi masalah saya. Ada pengusaha lain yang menawarkan benih (Ipoh dan Parit Buntar)tetapi kedudukan mereka yang jauh menyebabkan kos saya bertambah. Di samping itu pengusaha berdekatan boleh mendapat manafaat dari sini.

3. Menyertai sebarang expo, pameran pertanian, agrotourism sekitar Perak samada anjuran Jabatan Pertanian, Fama, Pertubuhan Peladang (NAFAS) dan Kementerian Pertanian. Oleh itu kemudahan logistik perlu ada termasuklah lori.

4. Memperbagaikan tanaman cendawan. Bulan November lepas orang Jab Pert memaklumkan bahawa nama saya telah diusulkan untuk mengikuti kursus cendawan Abalon dan Black Jelly(telingan kera) anjuran Mardi dalam bulan Febuary 2008. Insyaallah kalau ada rezeki. Cuma belum ada maklumat lanjut dari mereka tentang kursus tu (jadi ke tak?)

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008