Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, August 18, 2008

Tandan sawit ganti habuk kayu..TERBUKTI !


B

ila benda berada depan mata sendiri, baru saya percaya. Terbukti sisa tandan kelapa sawit boleh menggantikan habuk kayu getah. Perkara ini saya jumpa di Booth MINT di MAHA 2008. Melalui perbualan dengan pegawai di sana, melalui penyelidikan MINT, cendawan tiram kelabu memang boleh ditanam menggunakan sisa tandan sawit tetapi sekarang hanya di peringkat kajian makmal. Belum boleh dikomersialkan. Masalah besar mereka ialah cara untuk membuang minyak sawit di tandan berkenaan. Minyak akan membuatkan cendawan berbau dan kurang menarik. Sekarang hanya menemui cara membuang minyak melalui kaedah makmal. Belum jumpa kaedah komersial. Insyallah coming soon. Kepada pengusaha cendawan, inilah penemuan yang dinantikan. Kita memang tak boleh bergantung kepada habuk kayu getah semata-mata memandangkan bekalan semakin berkurangan dan harga pun makin mahal.

Sebagaimana yang di jangkakan,hari ni memang ramai pengunjung MAHA. Hasrat saya untuk melihat ternakan kambing masih tak kesampaian sebab kedudukannya yang jauh ke belakang dan tren yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Saya hanya berlegar di Dewan A,B,C dan D. Kali ni datang dengan keluarga dan mertua. Lagi post terkini sekitar MAHA untuk kawan-kawan yang tidak dapat datang kesana.


  • Inilah proses yang menggunakan tandan kelapa sawit.

  • Bukan main ramai dan sesak. .eh macam kenal je yang pakai baju oren tu.

  • Booth Pn. Zainon dan Brother Akmal

  • Booth C&C . . banyak juga produk yang dihasilkannya.

  • Ni kawasan pameran



  • Tengok ikan tuna ni.. dah sama besar dengan cik kak kat tepi tu..



  • Buah nangka ni manis betul... syok betul makan..namanya nangka Mastura. Motto dia best "Bawala Mastura kerumah... Isteri tak marah"

  • Masih ramai lagi pengunjung walaupun dah pukul 7 petang.

  • Dah nak balik. . sebelah kanan pengunjung sedang beratur menaiki tren.
  • Gambar kenangan bersama Pn. Zainon Usahawan berjaya.

1 comment:

ayne said...

penggunaan fiber sawit dah dicuba oleh uncle Tian Ting Leng pada pertengahan 2007, hasil cendawan lebih lemak dan manis. cuma proses agak rumit. fiber perlu dibuang minyak dulu dgn cara jemur bwh panas & hujan selama sekurg2nya 2 bulan. sy ada tanya johor corp utk bekalan fiber, 1 tan RM30 je.

Fon uncle tian 07-4676196

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008