Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, February 26, 2008

Cendawan 40 hari

^ Yang ni lambat post pasal banyak kerja.
Beg ini suntik benih pada 25/12/2007 dan gambar bertarikh 4/2/2008. Dah 40 hari usia beg. Beg media belum putih sepenuhnya tetapi nampaknya cendawan tak sabar-sabar nak keluar. Banyak beg yang sewaktu dengannya menunjukkan tanda matang tetapi sebab nak lebih confident, maka saya ambil keputusan untuk buka beg suntik pada 25/12/07 pada usia 50 hari. Apa-apa pun, ini adalah satu perkembangan menakjubkan. Selalunya kita diberitahu masa peram cendawan ialah 60 hari tetapi selalunya mencapai 70 hari disebabkan oleh kegagalan kita mengekalkan keadaan gelap, kelembapan dan suhu yang dikehendaki oleh cendawan. Kini dengan teknologi baru, cendawan dapat dimatangkan dengan hanya 40 hari. Dengan itu anda akan mendapat hasil yang lebih cepat dan kurang risiko serangan penyakit.
Alami dan pelajari rahsia ini di KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TAA pada 6 April ini. Anda akan diterangkan kaedah dan kelebihan teknologi ini secara terperinci. Cepat!!! tempat adalah terhad.

3 comments:

. said...

aper faktor dier.....benih or kena dalam gelap......kelembapan pon penting kan.....

nazmy said...

guna benih atf40 ker?

Tunas Alam Agrotech (TAA) said...

En Nazmy...saya pakai EM. tapi tak semua cam tu..ada yang keluar lambat gak tapi secara keseluruhannya guna EM memang bagus.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008