Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, March 5, 2008

Cendawan kerepot?

2 minggu lepas, semasa membelek-belek nota kursus cendawan saya dulu, (ditulis oleh seorang prof madya UPM), saya terjumpa satu baris ayat. Dulu saya tak ambil kisah. Mungkin saya tak faham sepenuhnya. Tapi sekarang mungkin saya lebih memahami apa yang dimaksudkan. Ayat tu berbunyi ‘ maisilium akan aktif dalam keadaan kaya dengan CO2 dan jana buah(cendawan la tu) akan terhasil elok dengan keadaan kurang CO2’.


(Gambar ikhsan dari Maya Crops)

Mungkin ayat itu bermaksud (betulkan kalau silap.)….
Semasa maisilium bergerak dalam beg media, ia bernafas dan mengeluarkan CO2. Gas ini akan terperangkap dalam beg dan lama-kelamaan semakin meningkat kepekatannya. Bayangkan 2 bulan di dalam beg tu. Tetapi ini baik untuk pergerakan maisilium.
Apabila cukup 2 bulan, cap beg akan dibuka untuk penghasilan cendawan pertama. Ketika ini juga CO2 akan terbebas dengan kepekatan yang tinggi. Bayangkan 200-300 beg dibuka serentak. Tentu kepekatan CO2 di persekitaran melebihi tahap normal. Dengan pengudaraan bagus sekalipun, ada kemungkinan cendawan yang dihasilkan ada yang luarbiasa bentuknya. Tidak cantik. Mungkin ini adalah jawapan kenapa cendawan yang pertama keluar tidak mempunyai bentuk yang menarik. Ianya berkembang dalam keadaan persekitaran yang kaya dengan CO2.
Cendawan yang keluar buat kali kedua dan seterusnya selalunya mempunyai bentuk menarik sebab CO2 sudah berada pada tahap normal.
Salah satu tips yang diberi orang ialah buka beg media selama 4-5 hari untuk bebaskan CO2. Lakukan 2 minggu sebelum beg itu dijadualkan dibuka untuk pengeluaran pertama. Saya belum lakukan tips ini. Ada sesiapa yang pernah cuba?

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008