Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, March 3, 2008

Oren itu menawan 111

Setahun yang sudah, masa mula-mula buat beg sendiri, saya pernah buang 700 beg yang terkena kulat hijau. Sedih sebab penat hentak manual. Sekarang, alhamdulillah peratus beg yang kena kulat hijau kurang dari 0.1%. Kalau ada pun, tidak perlu dibuang. Ada cara merawat beg yang terkena kulat hijau ini. Dengan izin Allah, ini semua adalah hasil usaha yang teliti dan pemerhatian ke atas proses, benih dan kukus. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak beri tunjuk-ajar.

^ Beg yang diserang kulat hijau tetapi sudah 'dirawat'.
Sekarang maisilium putih 'menguasai' beg dan tunggu masa untuk kutip hasil. Kemudian, datang pula kulat oren. Tak banyak, tapi tetap penyakit. Sekarang, alhamdulillah kulat oren dah berjaya dikurangkan walaupun tak berjaya dihapuskan sepenuhnya. Sedikit tips dari rakan pengusaha, menyebabkan saya melakukan proses pengurangan sendiri.
Satu pagi, saya mengendap dicelah-celah rak di rumah. Maka terjumpa sekumpulan bari berterbangan dan baru saya perasan ada kulat oren baru nak mula di salah satu beg media. Saya ingatkan yang oren tu span. Pada pengamatan saya, kulat oren ni merebak bukan sahaja melalui spora berterbangan tapi juga melalui agen lain. Bari contohnya. Bari ni singgah ke kulat oren diluar rumah (contoh sebelum ni di tongkol jagung rebus) dan ada spora kulat oren melekat di kaki/badan bari. Kemudian dia singgah di beg media dan mencari ruang untuk bertelur di dalam beg. Dengan cara ini spora kulat oren disebarkan.

^ Kulat oren yang disangka span. ^ Ada bari di tepi kulat oren (sebelah kanan)

Dua contoh di atas adalah antara penyakit yang menyerang beg cendawan tiram kelabu. Cendawan adalah produk organik. Tiada racun dan bahan kimia digunakan dalam proses penghasilannya. Oleh itu ia senang diserang oleh pemusnah lain. Tanpa pengetahuan yang lengkap dan kaedah penjagaan yang betul, anda akan kecewa diperingkat awal. Agak sukar untuk saya menerangkan secara terperinci cara mengawal penyakit ini, kerana ianya melibatkan praktikal di ladang. Oleh itu kepada mereka yang ingin menceburi bidang penanaman cendawan, kursus kami menawarkan penerangan dan kaedah praktikal untuk mengawal penyakit ini.

DAFTAR SEKARANG !!! TEMPAT TERHAD

2 comments:

nazmy said...

kulat ijau camana nk rawat tuh?sudi2 kongsi..bukn x nak p krsus tuan, tp saya dah pon pi 23/12/07 d behrang...tq

Tunas Alam Agrotech (TAA) said...

en nazmy....takde masalah...jika anda bertanya..insyaallah saya bantu setakat mampu. yang kena kulat hijau saya korek balik benih gandum. pas tu kukus balik dan letak benih baru. rugi gas dan benih baru je tapi lebih baik dari buang terus. sesuai jika putih kurang separuh. kalau dah lebih separuh biasanya putih lawan balik dan hasil keluar 2-3 kali. Dah balik modal.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008