Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, March 31, 2008

Antara Tutup Peram dan Tutup Rehat

Maaf...lama tak up date...lama gak tak tengok blog sendiri. Modem terbakar. Ada dekat 1 minggu call streamyx suruh ganti sebab under waranti lg. Bila dapat call dari streamyx katanya takde stok la...orang takde la...Bila dah ganti ingatkan selesai...rupanya network card pun rosak. Dah kena angkut ke kedai. Ada la sesekali pi CC, check email dan banyak masa abis tengok blog politik terutama perkembangan kat Trengganu dan perak, he..he..he.. sampaikan blog sendiri pun jarang jenguk.
Ini antara post yang sempat saya buat. . . .
Masa saya kursus dulu, saya diajar menggunakan tutup peram untuk proses pemeraman beg selama 2 bulan dan selepas itu guna tutup rehat pula selepas tuai hasil. Lepas itu ramai yang bagi idea katanya tutup rehat pun boleh digunakan sebagai tutup peram. Jimat dan tak perlu pakai span. Penyakit pun kurang menyerang sebab dah 'seal'. . .
Lalu, saya pun cuba buat 'experimen' apa yang dikatakan. . .2 dozen beg cendawan saya gunakan untuk proses peram menggunakan tutup rehat. . . dan ini adalah hasilnya. Ke empat-empat beg cendawan disuntik pada masa yang sama tetapi beg yang pertama dengan maisilium yang bergerak cepat saya gunakan tutup peram dan 3 lagi menggunakan tutup rehat.


^ Perbezaan yang sungguh ketara.

2 gambar ini menceritakan segalanya. Benih disuntik pada 9/2/08 dan gambar diambil pada 17/3/08. Selepas 40 hari disuntik benih, yang guna tutup rehat hanya membenarkan benih bergerak tak sampai suku beg. Kurang udara masuk melalui tutup rehat dan menyebabkan benih tak aktif.

1 comment:

Impian Mushroom said...

NAK KONGSI SKET;
beg media perlukan udara untuk perjalanan maisiliam. tetapi udara yg bersih. penggunaan span, kapas, suratkhabar atau kertas minyak bertindak sebagai filter bg pengaliran udara ke dalam beg. cuba buka satu dari tiga beg tersebut, tanpa penutup, maisiliamnya bergerak lebih pantas dari kedua-dua penutup. tetapi risikonya jangkitan penyakit dan kekeringan amat tinggi sekali,

Tips nak jimat:
bukan guna penutup rehat/stopper.
TETAPI guna penutup peram tu dijadikan stopper dengan menutup lubangnya.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008