Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, April 14, 2008

Benih

Kejayaan bongkah cendawan bergantung kepada kualiti benih yang digunakan. Hati-hati ketika memilih benih. Jika anda baru bermula, lebih elok beli dari pengusaha benih yang established. Agak terjamin kualitinya walaupun itu bukan jaminan mutlak. Jika beli dari mereka yang baru cuba-cuba buat benih, baik beli sikit dan test. Tengok hasilnya dulu. Kalau puas hati...baru sambung beli. Saya pernah menggunakan benih botol dan plastik. Secara peribadi saya lebih suka dan selesa dengan benih plastik. Mudah handle dan kurang risiko suntikan. Memang yang benih plastik lebih terdedah kepada plastik bocor/tertusuk dengan benda lain tetapi jikalau dijaga dengan baik...Insya Allah tidak ada masalah. Secara kasarnya benih cendawan perlulah :-
1. Berwarna putih dan padat;

2. Tiada keperangan, hitam, hijau pada benih;

3. Bebas dari pencemaran;

4. Tidak berbau busuk;

5. Beg/botol benih cendawan tidak bocor.

Melalui pengalaman saya, ada beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan benih.
1) Kulat Hijau - 2 minggu pertama lepas suntik benih adalah tempoh kritikal untuk kejayaan bongkah. Jika tiada penyakit maka Insya Allah bongkah akan terus sihat. Jika diserang kulat hijau, antara perkara yang perlu disemak ialah kualiti benih. Kemungkinan benih yang digunakan adalah terlalu matang. Ianya berwarna agak perang (warna gandum) dengan sedikit air berwarna kuning. Bila beli benih matang, saya akan pastikan ianya dihabiskan dalam tempoh seminggu. Tak berani simpan lama-lama. Memang ada orang kata boleh tahan sampai sebulan kalau kena cara simpan tapi..tak berani ambil risiko. Nak jimat benih 4-5 beg..nanti habis 200-300 beg berpenyakit. Biasanya saya beli benih untuk stok 2 minggu. Yang matang dan separuh matang (yang lagi seminggu nak matang). Bila yang matang habis digunakan, yang separuh matang tu akan matang. Jadi bekalan benih tidak terputus.
2) Kulat hitam - Ia berasal dari benih yang kurang berkualiti. Benih tu sendiri sudah ada tanda-tanda kulat hitam tapi mungkin tak perasan sebab sedikit atau hitamnya kesamaran. Kegagalan menyediakan tempat dan suhu yang sesuai menyebabkan kulat hitam merebak pada benih. Seelok-eloknya simpan benih di tempat yang tiada pencemaran, serangga dan suhu biasa dalam rumah.
3) Ulat - Jika ada ulat pada mulut beg dan dalam masa yang sama bongkah cendawan sudah hampir putih, mungkin ulat tu baru ada. Ulat ini datang dari telur serangga yang ada pada gandum benih. Pada awal suntikan benih, maisilium tidak diganggu. Sebab tu ianya bergerak memenuhi bongkah. Bila telur serangga ini menetas, ianya akan menganggu maisilium terutama di mulut beg. Walaupun beg dah putih sepenuhnya tetapi cendawan tidak akan keluar disebabkan ganggun ulat ni. Ianya perlu dibuang dan tutup beg semula macam biasa. Jika pengusaha benih tidak mengukus benih sehingga suhu yang dikehendaki iaitu 120 C (kukus beg cendawan hanya 96 C-100 C), maka ada telur serangga yang tidak mati. Ianya akan menetas bila tiba masanya.
Ada sesiapa nak sambung atau perbetulkan...sila...sila....
' MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT '

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008