Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, May 7, 2008

Aduhai....Beras naik (BN)

Hangin satu badan ni...Selalu baca kat internet...sekali hari ni kena sendiri. Hari ni kena shopping barang basah kat Pasar Borong Selangor. Banyak barang dapur dah habis. Kebetulan stok beras nak habis. Dulu beli beras cap ni 10kg harga baru RM19.50. Hari ni dah jadi RM27.50. Fuyyoooo...pakcik kayoo...(kata pemborong/pengedar la). Apa ke gila beras naik cam tu. Lebih 40 % naiknya...Gaji baru naik 3-4%. Cuba pi tengok ada tak pesawah kita yang tengah kira beguni-guni duit. Semua masih duduk kat rumah buruk lagi. Ada yang tak kena dengan orang yang berada antara pesawah dengan pengguna. Ini hanya masalah matematik. Kalau check betul-betul pasti beras tak naik gila cam tu...Tu pun kalau nak check la.... Kalau takat Menteri duduk kat ofis dan kata 'mana ada beras naik'.....Tok Wan saya yang umur 89 tahun pun boleh jadi menteri...

Barang kalau dah naik..memang tak turun-turun walaupun lepas tu ada lambakan dalam pasaran. Tengok je la..minyak masak, petrol, gula, tepung, ikan, ayam, daging...dan macam-macam.

Pak Lah kata dulu...bila ayam naik...'' kurangkan makan ayam...beli ikan''. bila ikan naik.."beli la ayam ". petrol naik..."pi la kerja naik basikal.."car pool"..minyak masak naik.."kukus pun ok...untuk kesihatan"...sekarang beras naik..camne? Kurangkan beras?...

Ok la...mari ramai-ramai kurangkan makan nasi, lebihkan makan cendawan...mari kita pakat ramai-ramai tanam cendawan pulak. Biar satu Malaysia jadikan makanan cendawan sebagai makanan asasi. Harap-harap kita plak yang kaya-raya..hahahahaha. . . .

Maaf la...hari ni korang kena baca artikal 'lepas geram' dari seorang pembayar cukai.. . Hangin dah kurang dah..hehe..he..he..

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008