Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, May 26, 2008

Habuk kayu

Betul ke hanya habuk kayu getah boleh tanam cendawan? Saya dah cuba tanam cendawan dengan menggunakan habuk kayu campuran dari pokok durian, macang, manggis, pelam, dan segala macam pokok kat kampung. Ambik seguni kat kilang dia dan test. Proses dari awal sampai akhir sama dengan guna habuk kayu getah. Selepas 2 bulan, tutup peram dibuka dan keluarlah cendawan. Cantikkkk . . . . Memang macam cendawan dari habuk kayu getah. Ambil secubit cendawan tu dan letak atas lidah. Nak rasa . . . . Puihhh!!! . . . . pahit gila. Sehari lidah rasa payau sebab pahit. Bergelen teguk air masak nak hilangkan rasa payau tapi susah...macam dah melekat kat lidah.

Kesimpulannya . . .
Buat masa sekarang hanya habuk kayu getah yang sesuai untuk tanam cendawan. Habuk kayu lain mungkin boleh setelah melalui proses nyah bau dan nyah rasa tapi rasanya tak praktikal untuk pengeluaran cendawan secara komersial. Tapi sampai bila habuk kayu getah ni boleh bertahan . . . . usahawan dah ramai . . . . habuk makin kurang . . . .harga makin tinggi . . .
Apa cerita tentang test pakai habuk batang pokok sawit atau tandan kelapa sawit?

1 comment:

Jacky Liew said...

Hello semua, jika anda berminat, saya ada habuk kayu getah untuk dijual. Area Port Dickson, Seremban dan Nilai. Sila call 010-2443433 Jacky, jika berminat.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008