Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, May 20, 2008

Laporan Kursus TAA kali ke-2

Alhamdulillah....selesai satu lagi kursus dengan jayanya. Matlamat kami untuk meramaikan lagi usahawan cendawan terutamanya sekitar Perak Tengah menampakkan kejayaan awal. Seramai 12 orang peserta mengikuti kursus ini walaupun pada awalnya hanya 11 orang mendaftar. Berbeza dengan kursus sebelumnya, kursus kali ini kebanyakkannya terdiri dari warga veteran yang sudah atau akan bersara, yang melihat potensi cendawan dan tertarik dengan proses penjagaannya yang mudah. Setinggi penghargaan kepada Puan Normala, Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah dari Kompleks Pertanian Titi Gantung kerana sudi meluangkan masa menjenguk kursus TAA walaupun sibuk menghadari majlis kenduri kahwin. Galakan sebegini dari agensi kerajaan akan meramaikan lagi usahawan cendawan di masa akan datang. Seperti sebelumnya, kursus TAA menekankan penerangan teori dan latihan praktikal keseluruhan proses penanaman cendawan seperti nisbah campuran bahan, proses 'begging', pengukusan, penyuntikan benih, proses pemeraman, kutipan hasil, 'packing', rawatan penyakit dan demontrasi produk hiliran. Berikut adalah beberapa post yang sempat kami rakamkan sepanjang aktiviti kursus dijalankan . . .


Kiri : Ketibaan peserta.
Kanan : Sessi taklimat dijalankan.


Kiri : Pakcik Mohamed tidak ketinggalan untuk bertanyakan soalan.
Kanan : Taklimat di dalam bangsal cendawan untuk lebih pemahaman.


Kiri : Pn. Normala (bertudung pink) turut menunjukkan kemahirannya dalam proses 'bagging'.
Kanan : Turut membantu anak saudaranya.


Kiri : Penyusunan bongkah dalam proses pengukusan.
Kanan : Berpasangan ketika menyutik benih.


Deretan cendawan yang menunggu untuk dikutip oleh para peserta. Lebih 20kg dikutip pada hari itu.


Kiri : En. Ibrahim teruja ketika mengutip cendawan segar.
Kanan : Hanya 2 'bunga' pada kursus kali ini. Pn. Jeriah (kanan) dan Cik Noor Zalinda.

Kiri : 3 peserta muda tidak ketinggalan untuk mencuba 'packing' cendawan. (Yang berbaju hitam dari kiri Khairul, Shahrin dan Taufik).
Kanan : Demontrasi menghasilkan produk hiliran dari cendawan iaitu cendawan Goreng bertepung dan cendawan goreng crispy.

Kiri : Sedang menikmati keenakkan cendawan goreng crispy.
Kanan : Kunjungan saudara Planta (Lan) pada hari kursus. Rupanya kita sekampung.

"Tahniah dan semoga berjaya"


No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008