Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, June 7, 2008

Kehangatan makin terasa...

Maaf...ni bukan pasal EURO 2008...tapi masih pasal petrol. Kehangatan ni pasal darah dah nak mendidih . . .

SENARIO 1
Semalam order habuk. Stok yang ada dah nak habis. Sesuatu yang amat tidak terkejut bila tokey tu kata habuk naik 29%. Dia kata masih ok sebab diesel naik 63%. Tak perlu fikir panjang, terus kata ok. Nak mintak discount pun tak sampai hati. Terasakan bahang dia.
Hari ni pergi Vita. Awal-awal kerani tu kata barang dah . Plastik PP dah naik 15%. dedak naik 20% dan benih matang takde stok. Ramai borong dalam 2 hari ni sebab takut naik harga. Set (neck, cap dan stopper) dan benih akan naik dalam 2-3 hari lagi. Naik pasti naik cuma taktau brapa %. Memandangkan stok matang takde, beli je la separuh matang. Kalau tak beli...kos makin bertambah pas ni. Lepas ni kita tengok la apa pula nak naik. Dah tentu naik puluh-puluh %.

SENARIO 2
Anak-anak saya suka makan ayam. Apa saja dari ayam. Masak sup ayam la paling suka. Dulu 4-5 bulan lepas, masa harga ayam naik saya ikut sekali boikot ayam. Ada la dalam 2 bulan tak beli ayam. Tapi KFC kunjung gak. he. .he. .he. Walaupun boikot . . .tapi harga tak turun gak. Ni la kuasa kita yang tak dipergunakan sepenuhnya. Kat negara barat . . . isu boikot ni boleh buat syarikat gergasi muflis.
Hari khamis lepas pi la pasar malam kat Dengkil. On the way balik keje. Sehari sebelum tu harga ayam baru rm5.80 Harga syiling rm6.00 Hari khamis dah jadi rm7.00. 3 peniaga kat situ letak harga sama. Nak komplen kat Kementerian?. . . Buang masa dan bil handphone je. Penguatkuasa kat Malaysia ni hangat-hangat tahi ayam. Silap-silap tahi ayam lagi hangat. Semua pengunjung mengeluh . . . bersungut. Ramai yang bersesak kat gerai ikan. Ayam lengang. Tapi sapa-sapa boleh bagitau ikan apa yang lebih murah dari ayam?. . . Ada . . . ikan kembung, sardin, selar . . . . tapi yang pecah perut la. Last-last saya balik cam tu je. Sian anak saya . . . Takpe . . . nanti ayah bela ayam kat belakang rumah.

SENARIO 3
Kadang-kadang sebelum pegi kerja . . . isteri saya masak. Yang ringkas je. Bila tak masak, saya beli kat warung makcik dekat-dekat tempat kerja. Sempat luang masa ngan makcik ni sambil tangan dia buatkan nasi lemak saya. Dia bersungut . . . barang dah mahal. Beras . . . cili . . . telur . . . timun . . ayam . . sotong . . . kerang . . Kecuali beras, ini adalah barang basah yang perlu dibeli tiap hari. Bukan boleh beli borong banyak sebab barang basah dan modal pusingan sikit. Sian makcik ni. 3 anak nak sekolah. Dia pun risau takut pelanggan kurang. Yela . . ramai akan kurangkan perbelanjaan termasuklah makan kat luar. Semua orang sekarang ambik sikap berhati-hati. Takut duit belanjawan sampai 20 haribulan je bulan ni.

Tiba-tiba je senario kehidupan dan perniagaan di Malaysia berubah . . . Semuanya kerana petrol naik pada kadar tak munasabah. Tidak munasabah sebab kita ada minyak sendiri. Anugerah Allah. Ianya percuma dan hanya perlukan kos gali dan pemprosesan je. Brapa sen sangat kos proses. Kawan saya yang sekarang di Petronas Refinary Melaka kata kosnya amat murah . . . tapi dia tak pulak bagi statistiknya. Saya masih tetap percaya murah. Kalau tak macammana Venezuela boleh jual rm0.19 sen/liter kat rakyat dia. Tapi kerajaan kita 'bijak',minyak kita pi jual keluar sebab 'sweet oil' dan beli pulak 'sour oil' pada harga pasaran USD130 setong. Duit jual 'sweet oil' masuk poket Petronas dan nak beli 'sour oil' pakai duit rakyat. Tu pasal kita kena tanggung harga mahal. Duit Petronas tu bukan nak tolong kurangkan harga 'sour oil' tu tapi tolong taja F1. Tahun lepas saja Petronas untung rm80 billion . . . tapi mana duit tu? Apa punya jenis management cam ni.
Saya tau keluhan saya di sini tak ubah apa-apa. Tapi ini adalah lebih baik dari duduk saja . . . terima saja apa yang orang buat kat kita. Buktikan kita ada kuasa. KUASA kita?. . . kena la tunggu lagi 5 tahun. 3 bulan lepas dah ada peluang tapi disia-siakan . . . Harap-harap sementara tunggu 5 tahun ni . . . kita tak lupa . . . sebab bukan ke . . . MELAYU MUDAH LUPA . . .????

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008