Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, June 30, 2008

Mesin Bagging

Kepada yang berminat untuk memiliki mesin ini bolehla menghubungi kami. Spesifikasi mesin :-
  • Keupayaan menghasilkan beg : 300-400/jam
  • Ketinggian : 4 kaki
  • Lebar : 3 kaki
  • Berat sekitar : 40kg
  • Menggunakan : 1 HP
  • Mudah diselenggara
  • Menggunakan pedal kaki untuk on/off motor
  • Mudah dibawa dan dialih (menggunakan roda)

  • Pandangan Depan dan Belakang


  • Keluasan Corong 1.7 kaki x 1.7 kaki

  • Pandang Sisi
Berikut adalah penerangan dari pengamatan kami.

1. Walaupun baru 1st time kendalikan mesin ni, kami boleh hasilkan 20 beg dalam masa 4 minit. Kira-kira 300 beg sejam jika secara berterusan. Kalau dah ada skill nanti, boleh cecah 400 beg sejam.

2.Beg yang dihasilkan agak padat. Waktu on, skru conveyer dalam mesin tu akan memampatkan habuk dan plastik akan tertolak keluar. Lagi ketat kita pegang plastik, lagi padat habuk kayu. Walau bagaimanapun untuk dapatkan padat standard dengan hentak manual, lebih cantik kalau hasil ini dihentak 1-2 kali sebelum pasang neck.

3. Corong atas tu boleh muat habuk untuk 30 beg. Tak la letih bekerja berterusan. Setiap 5 minit, berehat untuk skop masuk bancuhan ke corong.

4. Paling praktikal ada 2 orang pekerja. Seorang kendali mesin. Lepas isi dalam beg, terus hentak 1-2 kali atas meja kayu kecil kat sebelah sebelum diserah ke ke pekerja seorang lagi untuk pasang neck dan cap. Memang cepat.

5. Melalui pengalaman saya, banyak terbeli plastik reject. Yang seal kat bawah tak kuat dan mudah pecah sebelah tepi bila hentak manual. Dengan adanya mesin ini, plastik-plastik ini boleh diguna kembali.


  • Kiri : Plastik dimasukkan ke corong dan tekan pedal.
  • Kanan : Habuk kayu akan ditolak keluar dari corong disebabkan di dalam ada skru conveyer. Lagi kuat kita mengengam plastik, lagi padat habuk kayu itu keluar.

  • Kiri : Bila tinggal 3 inci baki plastik, berhenti tekan pedal. Dah siap 1 beg. Ambil masa 4 saat sahaja.
  • Kanan : Jumlah beg yang dihasilkan dalam masa lebih kurang 1/2 jam (tidak termasuk masa gaul, skop masuk kedalam corong besar itu dan pasang neck)
Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami.

1 comment:

Anonymous said...

agak2 berape harga mesin ni?

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008