Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, July 3, 2008

Laporan Kursus TAA kali ke-3

We're back...

Setelah sekian lama menyepi..alhamdulillah computer dah ok. Selama 2 minggu CPU masuk ICU. 3 tempat hantar sebab nak selamatkan segala document dan gambar dalam hard disk D. Hard disk C dan D teruk kena serang virus. Kalau C kena takpe...format je dah ok. Ni D pun kena. Aduh !!!

Sebagaimana yang dijanjikan...laporan kursus kali ke 3. Kursus kali ini diadakan dalam kegawatan harga petrol naik. Seminggu selepas petrol naik, 5 peserta membatalkan kursus mereka. Perlu memotong belanjawan yang tak perlu bagi menghadapi kenaikan petrol. Saya faham... saya sendiri pun akan melakukan perkara yang sama kalau berada di tempat mereka. Akhirnya...tinggal 7 peserta yang masih bersemangat meneruskan kursus ini. Seperti biasa kursus menekankan gabungan teori dan praktikal. Ini penting agar para peserta mempunyai ilmu asas penanaman cendawan yang lengkap. Kursus TAA tidak tamat begitu sahaja. Jika peserta hadapi sebarang pertanyaan dan masalah dalam dunia cendawan nanti, kami sedia membantu yang termampu sehingga anda berjaya.


Kiri : Tersusun je kereta peserta pada hari kursus.
Kanan : Seperti biasa diawal jadual sessi teori dimulakan. Bezanya...tiada tajaan beg cenderahati lagi. heh..hehe..


Kiri : Pn. Napsiah dan Pn. Noridah tekun mendengar taklimat didalam bangsal untuk lebih pemahaman.
Kanan : Peserta lelaki juga tidak mahu ketinggalan mendengar taklimat dan tips yang diberikan.


Kiri : Setelah selesai kelas teori peserta diajar cara 'Bagging'.
Kanan : Sebahagian beg yang telah disiapkan.


Kiri : Cara penyusunan bongkah sebelum proses pengukusan dibuat.
Kanan : Berhati - hati semasa meletakkan penutup bagi mengelakkan beg terkoyak.


Kiri : Proses menyuntik benih dilakukan.
Kanan : Setelah menyuntik benih, bongkah tersebut akan dibawa balik untuk dijaga sendiri.


Kiri : Peserta juga dapat merasai memetik cendawan segar. (Terlewat ambil gambar habis cendawan dikutip)
Kanan : Setelah habis cendawan dikutip masa untuk 'packing'. 15 kg dikutip oleh para peserta.


Kiri : Setelah sehari suntuk menjalani kursus peserta diakhiri dengan jamuan ringan iaitu cendawan goreng crispy.
Kanan : Cendawan goreng yang ditunggu-tungu oleh peserta .


Kiri : Masa untuk makan... Zaidi dan Ishak adalah peserta termuda kami.
Kanan : Kepenatan hilang dengan hidangan cendawan goreng cripy kami.


Kiri : Sedang menikmati cendawan goreng.
Kanan : Saudara Nizam dari Paloh Agrotech datang pada hari kursus untuk menziarah. (Sekampung juga).


Tahniah kepada semua peserta kursus!!!

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008