Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, July 29, 2008

Pertanian Adalah Perniagaan

TAA kini berusia lebih setahun. Saya sendiri tak ingat bila operasi sebenar TAA tapi sekitar April 07 dengan terdirinya rumah pertama yang merupakan bekas bangsal kayu. Ketika itu sekadar suka-suka dan test market. Operasi secara insentif dan sistematik bermula Disember 07 dengan terbinanya rumah kedua dimana adik saya sanggup menyahut cabaran dalam pertanian membantu mengembangkan projek ini. Beg baru mula mengeluarkan hasil pada sekitar Febuary 08 dan sehingga Julai 08, TAA telah memasarkan sebanyak 1.25t cendawan segar. Itu belum dicampur dengan cendawan reject, memberi kepada jiran-jiran sebagai promosi, adik beradik yang tapau bila balik kg, cendawan yang dibuat goreng sewaktu kursus dan sebagainya. Keseluruhan kutipan hasil adalah dianggarkan 1.5t yang bernilai lebih kurang RM11k (kira min. harga borong pada RM7.50/kg). Alhamdulillah...saya sendiri seakan tidak percaya dengan angka tersebut setelah mengemaskini akaun.
Saya mendedahkan angka di atas adalah bertujuan untuk merangsang mereka yang baru memulakan projek cendawan atau mereka yang baru mencongak samada industri cendawan ini menguntungkan atau tidak. Inilah yang dinamakan Pertanian Adalah Perniagaan. Jika dilakukan dalam keadaan yang sistematik dan penuh kesabaran, insyallah berjaya. Bukanlah saya menyatakan saya dah berjaya, tapi saya berpuas hati terhadap perjalanan TAA. Pernah menangis, memberontak, bertengkar dan menebal muka hanya kerana ingin melihat TAA berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Semoga Dia memudahkan perjalanan saya selepas ini.
Juga perlu ada akuan yang tersusun. Perlu tahu duit projek dan duit gaji sendiri (saya masih bekerja full time). Jangan campuradukkan duit kedua-duanya. Nanti perjalanan projek akan terhalang apabila duit tidak tahu disalurkan ke mana.
Untuk berjaya, kita juga perlu kikis tabiat membazir. Asal ada duit sikit, mula tukar kereta, rumah baru, bercuti mewah, bershoping pada barang yang tak perlu dan sebagainya. Apa salahnya ada untung sikit, kita plan untuk memajukan projek?
Walaupun saya telah ada projek cendawan sendiri, saya masih lagi mengunjungi pengusaha lain untuk menimba dan bertukar ilmu. Hampir setiap bulan saya menemui pengusaha berpengalaman yang kebanyakkannya sekitar Perak. Ini penting agar kita tahu perkembangan semasa dalam industri cendawan dan sedikit sebanyak bersedia dari segi networking jika ada masalah timbul di kemudian hari. Oleh itu untuk berjaya, kita tidak boleh bersendirian dan pencilkan diri.
Keuntungan adalah matlamat dalam perniagaan. Saya berpendapat keuntungan perlu dimaksimumkan dengan 3 kaedah.
1. Keuntungan maksimum boleh diperolehi dengan mengurangkan kos operasi bagi menghasilkan kuantiti dan kualiti yang sama.
2. Keuntungan maksimum boleh diperolehi dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti pada kos yang sama seperti sebelumnya.
3. Keuntungan maksimum juga boleh diperolehi dengan mengurangkan kos operasi dan dalam masa yang sama kuantiti dan kualiti dipertingkatkan. Ini jenis pengurusan perniagaan yang hebat. Ramai yang mengimpikan keuntungan sebegini.


No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008