Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Sunday, July 13, 2008

Rumah Dah Penuh

Alhamdulillah....kedua-dua rumah cendawan telah penuh dengan beg. Jumlah keseluruhan dianggarkan 25k termasuk lebih kurang 15k dalam pemeraman. Dengan adanya pekerja part time untuk membuat beg...banyak beg dapat disiapkan dalam tempoh singkat. Cuma....kekadang modal kering...tu yang adakalanya progress kena stop kejap. Kumpul modal balik melalui penjualan cendawan segar, beg dan peralatan . Macamni lah pengusaha yang ada modal terhad. Semua terpaksa diatur secara berperingkat.
Walaupun rumah dah penuh...proses buat beg masih diteruskan. Ada beg yang dah di penghujung hayat dan perlu ada beg pelapis standby....kalau tak nanti pelanggan sediada komplen sebab tak hantar cendawan. Baru-baru ni ada tempahan tetap dari sebuah pasaraya sebanyak 10kg setiap hari. Insyallah kami akan berusaha sebaik mungkin. Satu kepercayaan kepada kami. Sebelum ni pasaraya ni takmau ambil. Lepas pergi 2-3 kali, akhirnya dia ambil 2kg. Lepas 2 minggu, dia nak 5 kg pulak. Sekarang nak sekali ganda lagi.
Di samping itu...rumah ketiga sedang dalam pembinaan. Boleh muat 10k beg....Insyallah akan seminggu lagi siap la. Rumah ketiga ni adalah hasil usaha ayah. Dia yang tolong carikan rumah kayu tinggal. Beli kayu dari tuan rumah dan angkut balik. Kayu baru sekarang memang mahal. Sekarang dia yang monitor progress rumah ketiga. Terima kasih ayah. Sekarang kat TAA dia yang paling sibuk. Kalau ke kedai kopi..dia lebih banyak cerita pasal TAA dan cendawan. Beberapa peserta veteran kursus kami juga adalah kawan ayah. Hasil cerita kat kedai kopi. Tanyalah apa saja pasal cendawan kat ayah...semua dia tau. Takyah pergi kursus pun. Nampak gayanya saya kena print satu sijil kursus untuk ayah. He..he..he..


  • Rumah pertama dengan 7 k beg. Rumah ni memang dikhaskan untuk pemeraman saja.


  • Beg tunggu hari untuk dibuka. Rumah kedua dengan 18k beg.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008