Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, August 16, 2008

MAHA 2008

Memang tak cukup masa bila melawat MAHA 2008. 4 jam saya kat sana rasa sekejap je. Itu pun sampai di kereta jam 7:30 malam. Dah tutup. (sekarang dah dilanjutkan ke 9:00 malam). Banyak lagi tempat yang belum saya pergi. Penternakan, pavalion, padi, perikanan dan sayur. Insyallah hari ahad ni sampai lagi. Dijangkakan ahad ni yang paling ramai.Part yang saya suka sekali tengok adalah senarai petani/penternak berjaya di booth Jabatan Pertanian. Seorang petani di Pahang dengan tanaman sayur mampu dapat pendapatan bersih RM19,000/sebulan. Memang jika pertanian dijalankan dengan sistematik dan berteknologi tinggi, mampu membuatkan kita tersenyum lebar.
Tempat yang paling lama saya berada ialah di Dewan D. Tempat usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Memang seronok melihat kejayaan menghasilkan dan memasarkan produk masing-masing dengan kaedah sendiri. Semoga semuanya berjaya. 2 tahun dulu hanya 2 booth pasal cendawan ada (yang saya jumpa la). Tapi kali ini saya jumpa lebih 7 booth pasal cendawan. Antaranya yang saya kenal, Cendawan Blues milik bro Akmal, dan Cendawan Puchong, bro Zul. Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat perhatian dan ianya boleh didapati di mana-mana pun sekarang serta dipromosikan secara besar-besaran. Sedikit post yang sempat saya ambil. Nak lebih jomla p MAHA. Jumpa hari Ahad Okeyyyyy...





Jom Jom Jom . . . Jom MAHA . .MAHA (Macam lagu jom heboh la pulak heheh...)

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008