Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, August 20, 2008

MASYAALLAH ! ! ! . . . .Oren


2

minggu lepas saya melawat seorang pengusaha cendawan . Dah banyak kali dia jemput sebab dia pun ada beberapa jenis mesin untuk pengeluaran secara komersial. Tempatnya nun jauh masuk ke dalam. Dah dekat dengan hutan dah. Ini adalah projek berkelompok yang dapat bantuan dari Jabatan Pertanian. Ada 4 tuan di sini dengan jumlah pengeluaran keseluruhan 100kg sehari. Bila nak dekat sampai, saya call dia untuk tunjukkan arah tapi dia pula ada meeting dengan Jabatan Pertanian. Lastly dia hantar pembantu dia jemput. Bila sampai, kami dibenarkan melihat kawasan bangsal manakala pekerja indon dia sibuk buat kerja. Apa yang kami jumpa???? jeng jeng jeng . . .

  • Nampak cantik macam bunga nak tumbuh je dari jauh tapi . . . .
  • agak menakutkan kalau dah banyak.
3 gambar di atas menceritakan segalanya. Saya amat terkejut kerana kulat oren ini tidak diasingkan atau dibuang. Malah menurut pekerja Indon tu, ianya tidak dibuang sebab maisilium akan terus berjalan dan bila cukup 2 bulan, cap akan dibuka seperti biasa. Jadi kulat oren tu seolah-olah tak membawa erti apa kepada pengusaha ini. Ye ke????.
Saya betul-betul mushkil tentang perkara ini. Ada sesiapa yang pernah cuba kaedah ini. Yang saya amalkan, bila ada kulat oren, terus asingkan dan dalam banyak kes saya kukus kembali. Kulat oren ni memang senang merebak sebab spora dia yang halus nampak berterbangan bila diusik.

1 comment:

kulat said...

Assalamualaikum TAA...

Kalau kat tempat kami ... mmg kami asingkan tp tak buat apa apa & tgu sehingga matang.

Most of the cases, Insya Allah hasil akan keluar jugak. Tp di tempat kami, bungkah yg terkena kulat oren, hasilnya adalah lebih baik dibandingkan dgn bungkah yg x kena kulat oren ... kenapa ... saya pun x tau.

Insya Allah kalau tn jd dtg tempat kami esok ... saya akan tunjukkan pada tn.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008