Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, August 27, 2008

Produk terbaru Cendawan Tiram Kelabu


Inilah contoh produk berasaskan cendawan tiram kelabu yang terbaru iaitu ' Cendawan Tiram Kelabu Kering'. Berat cendawan kering ni dalam 40 gram je . . harga kalau tak silap RM5.00. Selalunya kita hanya melihat cendawan shitake dan jelly hitam kering di pasaran tetapi dengan teknologi moden, cendawan tiram kelabu pun sudah boleh dikeringkan. Ini adalah contoh yang saya beli dari booth MINT di MAHA 2008. Ianya betul-betul kering dan ringan.

Cendawan ini dikeringkan dengan menggunakan 'hot air dryer'. Disebabkan cendawan segar mengandungi 90% air, maka 1 kilo cendawan tiram kelabu segar akan menghasilkan 100 gram cendawan kering. Jadi bayangkan harga yang perlu dijual untuk 20 gram cendawan kering. Cendawan kering ini mudah digunakan dan tahan lama. Seperti kita memasak cendawan segar, masukkan sahaja di dalam sup, sayuran atau masakan lain. Jika memasak sayuran kering, rendam dahulu cendawan kering ini sebelum dimasak dengan sayuran lain. Mudah kan?.
Cendawan kering ini belum ada di pasaran kecuali saya pernah nampak di Vita Agrotech minggu lepas. Jadi, jika anda mempunyai bekalan cendawan berlebihan atau harga cendawan di kawasan anda terlalu rendah, cendawan kering ini adalah satu alternatif untuk lari dari masalah ini. Makin lama, makin maju industri cendawan di Malaysia. Terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan syarikat perseorangan yang sama-sama berusaha ke arah industri cendawan yang lebih berkembang maju.

Haaa . . . Dah siap pun . . . Jadi menu tengahari

  • Boleh tgk je la . . . . . . . .rasa ermmmmm. . . . . . . . nanti tanya juri . . . " Juri ok ke tak rasa ni? "
  • He he he he . . . . TQ

3 comments:

kulat said...

Assalamualaikum ...

Hari tu ada member dtg tempat kami ... dia ada buat serunding cendawan. Menurut beliau utk hasilkan 100gram serunding cdwn dia memerlukan 1KG cdwn segar. Menurut beliau cdwn tu kena keringkan dulu baru blh diproces menjadi serunding cdwn. Mmg sedap ... sehingga menjilat jari.

ayne said...

dah ada cendawan kering takyah la susah2 keringkan nk buat serunding. alhamdulillah, 1 lagi perkembangan menarik.

mesin dia mahal ke man? kalo murah bole beli 3 ke 4 ni

Tunas Alam Agrotech said...

Tula En. Ramli..bagus gak buat serunding cendawan tapi apakan daya... cendawan pun tak cukup2 ni..nampaknya kena buat serunding cendawan tunjuk2 tunjuk loh....

Mesin tu murah je En. Faisol nyer.... seringgit boleh dapat sepuluh... photostat bebanyak.. hehehehe

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008