Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, August 8, 2008

Selamat Datang ... MAHA 2008


  • Banner MAHA 2008 sudah ada di sekitar Serdang, Bangi dan Seri Kembangan

  • Pintu masuk utama MAHA 2008

Kiri : Trailer masuk untuk mengantar jentera pertanian untuk pameran.
Kanan : Kawasan untuk pameran jentera dan ternakan ladang.

  • Bangunan baru untuk ruang pameran utama MAHA 2008
Beginilah persiapan terakhir MAHA 2008 di Serdang, Selangor. Foto diambil petang semalam dalam keadaan hujan renyai-renyai. Persiapan yang dijalankan memang grand selepas sambutan luar jangkaan MAHA 2006 dulu. Kali ini ruang pameran utama lebih besar dan lengkap di dalam bangunan 4 tingkat. 2 tahun dulu, ruang pameran utama dalam kemah-kemah besar.
Tempat MAHA 2008 berlangsung hanya 7 minit dari rumah saya. Insyallah saya akan ambil peluang ini untuk pergi sekerap mungkin. Bukan apa, sehari kalau nak pergi ke semua tempat memang tak sempat sebab luas dan kesesakan orang ramai. 2 tahun dulu saya pergi 2 kali. Kali pertama pergi dengan isteri dan anak-anak. Hanya sempat tawaf kawasan ternakan saja. Anak-anak merengek nak balik. Penat katanya. Kali kedua pergi seorang. Yang ni puas berjalan sampai melecet kaki. Tapi orang pulak ramai sebab hari ahad dan hari terakhir MAHA. Habis masa tunggu keretapi kepala traktor untuk pergi ke sesuatu tempat. Diharap kemudahan pengangkutan dalaman lebih cekap kali ini.
Dulu saya pergi dengan tiada matlamat. Sekadar seronok melawat dan mengintai peluang permulaan dalam pertanian. Disinilah saya mula berminat dengan cendawan setelah melawat booth Jabatan Pertanian Negeri 9. Tapi kali ini saya pergi dengan beberapa matlamat dalam bidang:
1. Cendawan. Mencari lebih peluang dalam industri cendawan dari segi teknologi, mesin dan produk hiliran.
2. Kambing. Ternakan yang berpotensi di masa hadapan. Kalau tak silap 80% keperluan tempatan masih diimport.
3. Cacing. Industri yang tengah saya belajar dari kawan-kawan.

Jadi, sesiapa yang berminat dengan bidang pertanian, insyallah MAHA 2008 pasti tidak akan mengecewakan anda. Jika anda ingin serius melawat keseluruhan MAHA, adalah dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil dan datanglah pada waktu pagi. Nanti kempunan pulak. Kena la tunggu 2 tahun lagi tapi dengar cerita MAHA akan dianjurkan sebagai acara tahunan.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

2 comments:

cendawan said...

stat brp aribulan maha tu mr.azman?

Tunas Alam Agrotech said...

12-23 ogos 2008
10 pg sampai 7 mlm

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008