Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, September 9, 2008

Balik kampung

Minggu ni saya balik kampung. Ambil cuti lama sikit sebab banyak benda nak selesaikan. Hari rabu lepas adik saya yang run projek ni kemalangan masa hantar cendawan ke pelanggan. Motor dengan motor. Alhamdulillah, kecederaan yang dialami tidak perlu bermalam di wad hanya kecederaan di tulang bahu patah dan sekarang menjalani rawatan doktor dan kampung. Doktor menasihatkan rehat 1 bulan untuk pulih walaupun tak sepenuhnya. Kena report polis, hantar motor ke bengkel dan macam-macam lagi. Dah tentu yang menjadi masalah ialah menghantar cendawan segar ke pelanggan. Bercakap tentang cendawan segar selama ini saya amat takut permintaan cendawan segar akan menurun dibulan Ramadhan tapi sebaliknya. Ada beberapa buah kedai yang selama ini mengambil sekilo untuk stok 1-2 hari sekarang mereka meminta menambahkan kepada 2-3kg setiap hari manakala yang 6kg sudah naik kepada 8kg sehari. Syukur alhamdulillah rezeki dibulan Ramadhan. Orang lain dengan rezeki bazaar, saya pula dengan cendawan. Ditambah pula batch baru mula mengeluarkan hasil. Emmmm..kena cari runner sementara adik saya sembuh.



Hari sabtu pula steamer yang dinantikan dah sampai. Boleh muat 42 raga dengan 504 beg. Memang kapasiti membuat beg saya sekarang ialah sekitar 500 beg sehari. Nanti kalau kapasiti dah bertambah, kena la fikir alternatif lain. Tambah steamer ke...Hari ahad saya buat pilot test. Beberapa kali saya perlu ubah setting pressure regulator dikepala gas untuk dapatkan api yang sesuai. Api tidak boleh terlalu kecil kerana air yang banyak dalam takungan tu takkan mendidih. Juga tak boleh terlalu besar sehingga menyambar hose gas di dapur dan membazir gas. Buat permulaan saya test 360 beg dahulu. Kukus selama 10 jam dan tengok hasil nanti. Kalau tiada kerosakan dan jangkitan penyakit lain, maka steamer ni akan bekerja keras selepas ni. Tong drum akan dibersarakan secara paksa. Tapi gambar tak de. Ingatkan isteri saya dah ambil. he..he..he
Minggu ni juga adalah penghantaran beg separa matang kepada beberapa orang pelanggan. Lebih 3500 beg kena packing. Kerja siang dan malam sebab manpower dah berkurangan seorang. Memang letih gila sebab bulan Ramadhan.Terima kasih kepada Puan Napsiah, Puan Noraidah dan Puan Zalina. Semoga projek Puan berjaya. TAA akan membantu anda setakat mana yang mampu.

4 comments:

iEn said...

slmt pulang ke kampung dan selamat berpuasa :)

Tunas Alam Agrotech said...
This comment has been removed by the author.
Tunas Alam Agrotech said...

Dah balik dah.. thanks ur award iEn..

Haris said...

Saya pon heran.
Byk peraih cina.. pon kata lagu tu kat saya. Sebelom bulan posa lagi, dia suruh saya hantaq lebih 1-2kilo pada bulan ramadhan.

Mungkin nafsu/selera makan lebih kot.. - Rezeki.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008