Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, September 17, 2008

Program Semarak Usahawan Cendawan Bersama Tunas Alam Agrotech

Sebenarnya ramai yang ingin menceburi industri cendawan ini. Memanglah bidang cendawan tidak memerlukan modal besar. Boleh memulakan industri ini dengan sebarang modal yang ada samada rm100, rm1000, rm10,000 atau lebih. Semuanya bergantung kepada target pasaran . Kalau target untuk makan sendiri atau pasaran jiran rm50-rm200 dah cukup.Kalau ingin menceburi secara serius dengan menjadikan industri cendawan sebagai penyumbang kepada pendapatan bulanan, ianya memerlukan bilangan beg dalam 5k keatas. Baru selesa dan nampak hasilnya. Bila kita memilih untuk membuat beg sendiri, banyak kos yang perlu difikirkan terutamanya kos infrastrutur.
Dengan harga bahan binaan yang tinggi sekarang, pengusaha baru perlu memikirkan
1. kos buat tempat habuk berbumbung dengan anggaran kos rm1500,
2. kos ruang kerja saiz 15 x 20 kaki dengan anggaran kos rm1000,
3. kos mesin mini mixer. Walaupun ini bukan wajib, tapi inilah mesin yang membuatkan tulang saya masih melekat elok. Ingat, kita bukan nak buat 5k beg sahaja tapi lebih dan berterusan sebab perlu ada beg pelapis bila yang 5k sudah expired. Ini semua dengan kos rm1000,
4. kos alat tambahan lain seperti skop, baldi, kerusi, pencedok dan lain-lain. Kos anggaran dalam rm500.
Belum start projek dah kena siapkan rm4000 untuk kos infrastruktur, alatan dan mesin. Itu belum dikira kos operasi. Inilah feedback yang diperolehi dari peserta kursus kami setelah bertanya khabar mengenai status projek mereka selepas berkursus. Makin lama mereka berlengah, makin 'berkarat' ilmu dan peluang pasaran akan direbut orang lain.
Berdasarkan masalah modal infrastruktur dan mesin asas ini, TAA telah mengambil inisiatif yang dirasakan dapat membantu peserta kursus TAA. TAA dengan berbesar hati akan membenarkan semua peserta kursus TAA yang ingin memulakan projek secara komersial mengunakan segala ruang, kemudahan peralatan, bahan asas, bahan mentah yang terdapat di TAA dengan syarat-syarat tertentu yang dipersetujui. Anda akan menggaul bahan mentah dengan mixer, begging, pasang neck dan cap yang disediakan. Pendek kata, semua peralatan dan bahan mentah disediakan. Datang ke TAA dengan tangan kosong. Beg-beg yang mereka buat ini akan dibawa pulang ke rumah untuk dikukus, disuntik benih dan diperam di tempat peserta. Dengan kaedah ini, peserta tidak lagi perlu memikirkan tentang bekalan habuk,dedak, plastik PP, neck, cap dan sebagainya. Mereka hanya perlu menyediakan pengukus tong drum dan ruang kecil untuk suntik benih. Beg-beg yang hendak dibawa pulang akan dikenakan bayaran yang jauh lebih murah dari membeli beg separuh matang. Kos rm4000 yang telah dijimatkan boleh digunakan sebagai kos operasi.
Hasrat kami adalah untuk meramaikan lagi usahawan cendawan terutamanya di sekitar Daerah Perak Tengah dan sama-sama membangunkan industi cendawan. Oleh itu TAA namakan konsep ini sebagai Program Semarak Usahawan Cendawan TAA sebagai usaha berterusan untuk memeriahkan industri cendawan.
Walau bagaimanapun program ini adalah untuk bekas peserta kursus TAA sahaja. Ini kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan asas penyediaan beg cendawan, kukus dan suntik benih melalui kursus insentif yang telah diikuti. Oleh itu hanya pengawasan minima diperlukan daripada pihak TAA. Ini juga adalah program lepasan kursus untuk para peserta kursus TAA. Sebagaimana yang saya selalu tekankan di dalam kursus, walaupun kursus TAA hanya sehari sahaja tetapi ianya tidaklah berakhir begitu sahaja. TAA akan terus berusaha untuk membantu bakal usahawan sedaya yang boleh.
Sebagai permulaan, program ini akan diadakan selama 3 bulan sahaja bermula 1 Oktober 2008. Kepada mereka yang beminat, sila hubungi TAA dengan segera.

1 comment:

MAF said...

Saya setuju dengan pendapat TAA.. Kalau buat kecil2an..memang tak nampak hasilnya.. So,kepada pengusaha2 baru..terpulanglang kepada kemampuan anda sendiri..
"Dimana ada kemahuan Di situ ada Jalannya" Renung-renungkan..

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008