Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, October 16, 2008

Cendawan dan blog

Tahniah... Industri cendawan tempatan maju lagi ke dimensi baru dengan terhasilnya blog-blog cendawan. Setahun yang dulu, bilangan blog cendawan boleh dikira dengan jari tetapi sekarang saya jangka sudah melebihi 50 blog serata Malaysia. Walaubagaimanapun, saya menjangkakan hanya sekitar 5% sahaja usahawan cendawan berinteraksi melalui blog. Maknanya masih ramai lagi usahawan cendawan di luar sana yang kita tak tahu lokasinya. Dibloglah kita sama-sama berkongsi cerita kejayaan, pengalaman, masalah dan sebagainya supaya menjadi panduan sesama kita terutamanya usahawan baru. Kita tidak akan rugi apa-apa jika ilmu yang kita kongsi bersama dimanafaatkan oleh orang lain. Blog juga merupakan salah satu medium pemasaran yang efektif , global dan cepat. Kita lebih dikenali dan memudahkan segala urusan di kemudian hari. Bila kita memilih untuk membuat blog cendawan, biarlah kebanyakkan isinya berkaitan cendawan. Nak selit iklan sekali sekala apa salahnya. Dan juga pastikan update selalu. Dapat sebulan 2-3 kali post pun dah ok. Ini ada yang 4-5 bulan takda perkembangan terbaru. Tah ada lagi projek ke tak? Kalau ada masalah sekalipun, apa salahnya tulis dalam blog. Jangan kita buat blog hanya hangat-hangat taik ayam. 'Touch n go'. Maaf, mana-mana blog yang dah berbulan tak update, saya dah keluarkan dalam blog list saya.


3 comments:

Anonymous said...

mmesOE - hallo guys :D

http://spamerus.info

Anonymous said...

mmesOEG - hallo guys :D

http://spamerus.info

Anonymous said...

MalaCiziass - takie male ruchadelko

http://www.viddler.com/explore/dziwka88konto

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008