Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, October 27, 2008

Venue kursus

Sebelum ni kursus TAA dijalankan di kawasan terbuka diruang hadapan rumah cendawan. Agak kurang selesa. Kekadang terganggu bila ada kenderaan lalu lalang. Nak buat kat dewan orang ramai, jauh la pulak dan tak praktikal. Hotel apa tah lagi. Lepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membina bangunan baru untuk keselesaan peserta kursus. Ini pelaburan jangka panjang. Rumah mini ni juga akan menjadi bilik aktiviti dan makmal benih jika saya ada kemampuan nanti.
Rumah mini saiz 15x20 kaki ini boleh memuatkan dengan selesa 25 orang peserta. Insyallah kursus selepas ini akan lebih selesa dan bermakna. Ada perancangan untuk memasang air-con dan kelengkapan projector tapi....nanti la..Insyaallah adalah tu...


Di samping tu rumah sedia ada dibesarkan lagi ke depan. Ada lebih ruang untuk peserta kursus melakukan aktiviti praktikal. Jika keadaan memerlukan di masa hadapan, boleh tukar ke ruang rak untuk cendawan hanya tambah net je.

Bahagian side wing juga di tambah kehadapan untuk menempatkan tambahan beg.

Segala kerja ubahsuai dijangkakan siap sepenuhnya awal November.


No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008