Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, November 12, 2008

Cerita Hari Peladang

Hari Peladang peringkat Daerah Perak Tengah dah habis sabtu lepas. 2 hari je. Dan 2 hari ni lah keluarga saya bertungkus lumus membuat persiapan untuk pameran tersebut. Saya tak dapat turun padang sebab komitmen kerja yang amat penting. Alhamdulillah...keluarga kat kampung dapat melaksanakan dengan baik. Ini kali kedua TAA dijemput untuk sesuatu ekpo. Kali pertama ialah pada 30 Ogos lalu bagi merancakkan Kempen Bumi Hijau peringkat kampung-kampung di Daerah Perak Tengah. Rupanya sambutan terhadap cendawan memang hebat. Ramai makcik-makcik terpegun tengok cendawan keluar dari mulut beg. Ramai yang ingat tanam cendawan ni macam tanam sayur. Kena buat batas...kena meracun..dan berkerja atas terik matahari.
Selepas raya , Pegawai Pertanian Daerah, Puan Yazlina telah meminta TAA membuat persiapan untuk pameran yang lebih besar dari dulu. Yang ini adalah peringkat Daerah. Yang tak disangka, TAA diberi 2 tapak. Satu adalah untuk tujuan pameran industri cendawan dan satu lagi adalah untuk promosi produk dari cendawan iaitu cendawan goreng, popia cendawan dan karipap cendawan(tu je resepi yang ada). Masalah timbul bila jarak booth ini jauh. Jadi kena buat 2 team. Kena la mak dan ayah jadi promoter untuk 2 hari ni..hehe..heh..hehe...
Ada kira-kira 15 booth pameran. Ada cendawan(TAA), lintah, cacing, fertigasi dan lain-lain. Booth lain memang hebat. Mungkin mereka ada pengalaman dalam expo sebegini. TAA buat apa yang termampu. Maklum la..modal terhad dan kali pertama terlibat secara langsung dalam ekso yang agak besar.
Expo bermula dengan perasmian pada jam 10:00 pagi hari Jumaat. Sebelum tu kira-kira jam 9:00 pagi, ada la seorang wartawan menemurah adik saya. Agaknya dia boring sementara tunggu waktu perasmian. Esoknya...ramai pengunjung bersalaman dengan dia kat booth. Dia pelik sampai la seorang pengunjung tunjukkan gambar dia di Utusan Malaysia. Glamer la dia sekejap.
Sambutan terhadap pameran pertanian amat menggalakkan. Memang tak menang tangan melayan kerenah pengunjung tapi seronok. Cendawan goreng pulak tak menang tangan mengoreng. Pembeli kena beratur tunggu cendawan goreng. Memang satu pengalaman yang bermakna dan mengembirakan untuk semua ahli keluarga TAA.
Dengan penyertaan TAA dalam pameran peringkat daerah ini, diharap dapat merancakkan lagi industri cendawan segar agar dapat memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat. Kesedaran orang ramai terhadap keenakan dan khasiat cendawan menyebabkan lonjakan permintaan. Oleh itu diharap selepas Hari Peladang ini lebih ramai usahawantani (cendawan, cacing, lintah, cili, dan lain-lain) khususnya di sekitar Daerah Perak Tengah terhasil demi ekonomi negara dan keluarga.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah khususnya melalui Pegawai Daerah di Sri Iskandar, Puan Yazlina Yahya dan Penolong Pegawai di Titi Gantung, Puan Normala kerana memberi peluang kepada TAA untuk mempromosi industri cendawan bagi manafaat bersama. Insyallah TAA akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan khasnya Jabatan Pertanian dalam usaha membuktikan bahawa pertanian bukanlah pekerjaan kelas kedua ni negara ini.

"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008