Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, November 7, 2008

Ekspo Hari Peladang sedang berlangsung

Pada hari ini berlangsungnya Hari Peladang Peringkat Daerah Negeri Perak bertempat di Jabatan Pertanian Titi Gantung, Bota Perak selama 2 hari 7 - 8hb November 2008. Kami diberi kepercayaan untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan lagi ekspo ini. Walaupun saya tidak dapat turun ke Perak namun saya percaya keluarga dapat menguruskanya dengan baik. Ini adalah kali ketiga ekspo seumpamanya mereka lakukan untuk tahun ini. Sekali lagi jutaan terima kasih dari kami atas kepercayaan pihak Jabatan Pertanian Daerah khususnya Pn. Normala, penolong pegawai Pertanian Bota Kiri dan Pn. Yazlina Yahya, pegawai pertanian, Sri Iskandar, Perak. Sedikit pesanan ringkas yang dihantar melalui telephone bimbit isteri saya dari Pn Normala jam 10.00 pagi tadi. "Assalamualaikum . . Jemput le datang ke Hari Peladang Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah pada 7 dan 8 November dari jam 9pg - 6ptg. Perasmian pada 7hb jam 10.00 pagi. Tazkirah pada 7hb jam 8:30 malam bertempat dipadang Kompleks Pertanian Titi Gantung. Macam - macam ada jualan, pameran dan kursus pendek. Datangla ramai-ramai". Laporan seterusnya akan kami update kemudian. Kami menyeru kepada mereka yang tinggal berdekatan dan mempunyai masa terluang pada hari ini dan esok, bolehlah datang beramai-ramai untuk meninjau aktiviti yang disediakan oleh mereka.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008