Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, November 17, 2008

Laporan Kursus TAA kali ke-6

Syukur alhamdulilah kursus TAA kali ke - 6 pada 16 Nov 2008 telah selamat dijalankan. Seramai 10 orang peserta datang dari jauh dan dekat sama-sama ingin mendalami kursus TAA dengan satu tujuan. Pada sabtu lepas, apabila saya sampai di kampung, di Bota Kiri, saya dapati jambatan kecil telah runtuh. Ini disebabkan kerja-kerja pembesaran jambatan sedang dijalankan. Walaupun ada masalah jalan untuk menuju ke farm kami namun kesemua peserta kursus dapat datang tanpa sebarang masalah. Peserta kali ini datangnya dari pelbagai negeri antaranya negeri Perlis iaitu Cik Norfadzillah Alias, Kedah, En. Mohd Aswad Abd. Aziz dan seorang peserta berbangsa Cina iaitu Mr Tai Chen Nam bersama yang lain datang dari sekitar Perak.
Kali ini kali pertama menggunakan rumah kursus. Nampak lebih selesa dan teratur walaupun rumah mini tak siap sepenuhnya. Dinding tak sempat cat dan syiling belum pasang. Seperti biasa kursus menekankan gabungan teori dan praktikal. Ini penting agar para peserta mempunyai ilmu asas penanaman cendawan yang lengkap. Kursus TAA tidak tamat begitu sahaja. Jika peserta hadapi sebarang pertanyaan dan masalah dalam dunia cendawan nanti, kami sedia membantu yang termampu sehingga anda berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada kesemua peserta kami. Berikut adalah post-post menarik sepanjang kursus kali ke-6.

Ruang Kursus


Sessi teori


Taklimat dalam bangsal dan aktiviti petik cendawan

Makan time . . Wahhhh syok tu . . perut dah berbunyi . .


Pas makan . . . kerja-kerja . .kira sapa banyak. .


Proses mengukus


Sessi packing . . .
Teknik betul diajar supaya cendawan nampak menarik dan tahan lebih lama.


Opssssssss . . .proses suntik ter miss . . pas tu . . .
Makan petang . . Menu semestinya cendawan goreng
1. Cendawan goreng bertepung (untuk komersial)
2. Cendawan goreng Crispy (untuk hidangan family)

Ini menu pertama, yang kedua tak sempat nak tangkap . . sold out


Siannyer . . . muka penat tuh . . hehehehe..


Tahniah !!!!
TAA mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008