Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, December 11, 2008

Lama tak posting

Lama tak posting kat blog. Sibuk kerja dan persediaan adik kahwin.
Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua dapat menghayati erti korban yang sebenarnya.

Pertama yang nak cerita ialah kenduri kahwin adik saya pada 6/12/08 lalu. Alhamdulillah..semua berjalan lancar walaupun takut hujan turun sebab sekarang ni hari-hari hujan. Cuma mendung je hari tu. Gambar takde sebab hanphone kamera isteri hilang masa kenduri. Dah prepare gambar banyak-banyak tapi ...menjelang senja handphone entah ke mana. Maklum la ..kenduri..semua orang sibuk dan ada yang terlepas pandang. Terima kasih kepada rakan- rakan secendawan dan peserta kursus yang sudi hadir bagi sama-sama memeriahkan kenduri.
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NAFISAH MAT NASID DAN MAHFIS.
Saya sekeluarga mendoakan berbahagia selalu dan dirahmati Allah hingga ke anak cucu.

Kedua...kunjungan pembekal Life Light dari pengedarnya Ms Tan pada hari rabu lepas. Mungkin dia buat kunjungan ke pengusaha cendawan sekitar pada hari berkenaan termasuklah En Mahawir (Mycendawan). Saya takde la waktu tu. Adik saya yang melayan dia. Segala kelebihan dah diceritakan di http://mycendawan.blogspot.com/2008/12/kunjungan-dari-pembekal-life-light.html
Melihat kepada kelebihan dia...memang teringin nak cuba. Kos beg akan naik lebih kurang 2 sen tapi cendawan akan lebih berat sebab pejal dan tebal. Harganya agak tinggi (bagi saya la)..jadi nanti la dulu kalau nak cuba. Ekonomi meleset ni. He..he..he..

Ketiga....bekalan habuk kayu getah. Dah seminggu oder tapi tak sampai lagi. Habuk kayu memang susah sekarang ni. Musim hujan dan setengah tempat banjir walaupun tak teruk. Tahun lepas saya dah kena sampai terputus bekalan. Tahun ni prepare awal. Belum habis dah order tapi bila ada kenduri...tempat lambak habuk tu kena pasang khemah..tu yang oder lambat.. Stok sekarang tak sampai 1 tan...Ada sapa-sapa ada no supplier habuk lain sekitar Perak?

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008