Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, December 12, 2008

Oren yang menawan

Ada 2 penyakit yang menjadi musuh utama pengusaha cendawan. Hijau dan oren. Oren dan hijau. Balik-balik warna ni yang disebut. Ramai pengusaha yang lumpuh pasal penyakit ni. Yang mana nak memulakan projek cendawan secara serius dan besar-besaran, pastikan dah faham kerenah kedua-dua penyakit ini. Kalau baru nak faham..lebih baik mulakan dengan skala kecil dan besarkan mengikut kemampuan kewangan dan pengetahuan. Banyak benda yang tak dijangka hasil serangan hijau dan oren. Kadang-kadang kebersihan dah tip top..pun kena serang juga. 2 penyakit ini memang tak boleh elak. Pasti kena. Cuma dalam kuantiti yang sikit atau banyak yang jadi ukuran.

Cuma yang ingin diceritakan di sini..ialah mengenai oren. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Mungkin pengusaha lain ada pengalaman lain dan tak sama dengan saya. Sama-sama kita kongsi pengalaman di sini.
Berikut adalah tabiat kulat oren dari pemerhatian saya.
1. Dalam keadaan yang tepat, kulat oren ni akan mati bila suhu kukusan mencecah 60 C. Ini info dari Puan Normah. Pada masa tiada serangan oren dulu..saya pernah cuba kukus dengan suhu 80 C selama 6 jam (menggunakan digital thermometer). Saja testing untuk tengok betul oren mati. Lepas suntik benih..memang cantik.. Tiada oren yang kena. Tapi tu untuk testing je la. Sekarang kukus sampai 100 C.

2. Oren hanya menyerang bahagian habuk yang tiada koloni kulat lain. Kalau habuk tu dah ditawan oleh koloni putih ( tiram kelabu ) tiada oren akan berjangkit. Sebab tu bagi beg yang matang dan dibuka untuk hasil, tiada oren pada mulut beg. Kalau masa peram bahagian beg bocor ( jatuh, gigit tikus dan sealer beg tak berkualiti) memang ada peratusan tinggi untuk kena oren.

3. Habuk kayu anda penuh dengan kulat oren?. Biarkan. Bila kukus nanti semua akan mati. Sekarang musim hujan dan memang senang habuk dihinggapi oren. Store habuk saya adalah open. Berbumbungkan langit. Bila panas terik saya buka kanvas. Alhamdulillah tiada oren pada habuk.

4. Adalah amat mustahil untuk menjaga kebersihan bangsal sehingga tiada oren. Bunga oren ni kalau disentuh atau ditiup angin akan menerbangkan berjuta spora ke udara. Sekeling kita memang kaya dengan spora oren. Apa yang penting..jaga proses kukusan dan kualiti beg agar tiada bahagian yang bocor. Insyallah kulat oren pada kadar yang paling minima.

5. Ada 2 jenis serangan oren pada beg. Pertama ialah serangan pada bahagian beg yang bocor. Kedua ialah oren keluar pada celah cap dan span. Yang ni yang selalu kena oleh ramai pengusaha. Oren kedua ini hanya aktif 2 minggu selepas kukus. Jika selepas 2 minggu tiada tanda oren insyallah selamat beg tu.

6. Sehari dua selepas letak benih, kekadang dirasakan putih amat cepat merebak dan ada tompok-tompok keras putih dalam beg. Ini adalah simtom adanya spora oren dalam beg yang belum mati semasa kukus. Jika tiada bunga oren di celah span dan hanya tompok ini sahaja selepas seminggu, beg anda insyallah akan keluarkan hasil. Cuma peram macam biasa kerana putih tiram kelabu mampu menawan kembali beg sebab genetik tiram kelabu yang lebih kuat dari oren. Cuma beg nampak tak menarik. Pelanggan takmau beli beg sebegini.

7. Beg yang kena oren pada cap, asingkan dan sembur clorox di cap setiap hari selama seminggu. Insyallah, oren tu akan mati dan tunggu hasil lagi 2 bulan.

8. Bagi kes oren keluar dari celah span atau cap, ianya adalah kerana spora oren tidak mati sepenuhnya semasa kukus. Ada masalah kukusan. Bukan masalah persekitaran tercemar atau kebersihan. Ini adalah pemerhatian saya sahaja berdasarkan experimen:
  • mula-mula masa kena oren, memang dirasakan persekitaran tercemar dengan oren. Saya telah ubah bilik suntik saya. Dari dalam bangsal ke luar bangsal sebab merasakan bilik tu dah penuh udara oren. Bila dah pindah, pun kena oren gak.
  • Kemudian ada pengusaha kata bukan setakat kebersihan bilik tapi tukang suntik pun kena bersih. Selepas tu tukang suntik kena pakai pakaian baru basuh, mandi dan sebagainya sebelum suntik..Pun kena oren gak. Makin bertambah ada la.
  • Mungkin oren kena pada beg baru suntik sebab bercampur dengan beg peram lain yang kena oren (belum sempat asingkan). Maka saya asingkan satu batch beg baru suntik. Letak kat ruang tamu rumah. Pun kena oren gak.
  • Merasakan persekitaran bangsal pun penuh oren sehingga waktu suntik dengan buka cap 2-3 saat pun spora oren boleh masuk, maka saya ambik 12 beg dan lari jauh-jauh dengan kereta. Saya suntik benih sejauh 10km dari bangsal. Keputusan...Pun ada oren gak.
Pening dengan keadaan ini, saya memang merasakan ada masalah dengan kukusan saya. Spora oren tak mati.
Dengan kuasa Allah, sebulan lepas saya dikunjungi oleh seorang pengusaha cendawan berbangsa lain. Dah 20 tahun mengusahakan cendawan dengan kapasiti 200kg sehari. Ini kali kedua dia datang. Kali pertama dulu ialah 2 tahun lepas sebab hantar 100 beg yang saya oder. Ni la beg pertama saya untuk bakar semangat mak saya supaya mengenali cendawan. Kali ni dia datang sebab ternampak artikel mengenai Tunas Alam dalam Utusan beberapa hari sebelum tu.
Sewaktu dia melawat bangsal saya, perkataan pertama dia ialah 'beg awak tak cukup kukus.' Memang pelik dengan kenyataan dia. Beg saya dikukus dalam steamer (600 beg) selama 13 jam dengan 8-9 jam suhu maintain 98-100.2 C. Dia kata procedure dah betul tapi hasilnya memang fizikal beg tak cukup kukus. Beberapa beg peram dibelah untuk dia tunjuk demo yang beg tu memang tak cukup kukus.

Apa penyelesaiannya???...Dia sarankan tambahkan sedikit air masa bancuh. Saya buat dan alhamdulillah masalah selesai sepenuhnya. Pengusaha ini bagitau, oren sebenarnya memang senang mati semasa kukus tapi untuk membunuhnya tidak cukup sekadar haba (panas) sahaja. Perlu ada kombinasi air yang cukup. Air dalam beg ini yang mendidih dan membunuh oren berkenaan tapi air ini takkan ke mana walaupun mendidih kerana ianya di dalam beg. Bila sejuk, ia akan bercampur kembali dengan habuk kayu. Ada perbezaan warna antara beg yang kukus sempurna dan tak cukup kukus. Sebab itu sepintas lalu sahaja pengusaha ini tahu beg saya tak cukup kukus. Beg yang cukup air dan kukus warnanya agak gelap berbanding yang tak cukup kukus yang agak perang. Jika anda diserang oren, rajin-rajinlah melawat pengusaha lain yang tiada masalah oren. Bawa contoh beg kukus anda dan bandingkan warna dengan pengusaha lain. Oleh itu air semasa bancuhan pun penting. Jika kurang (dalam kes saya kurang tapi jika digenggam masih berkepal baik), kukusan akan tidak sempurna dan hasil cendawan ringan. Jika lebih air, maisilium amat lambat bergerak dan potensi serang hijau tinggi.

2 comments:

fatisha said...

so nak atasi kena tambah air lebih sket ke?

Global Excellent Marketing Sdn Bhd said...

Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan, Perikanan DLL.

http://gem.socialgo.com/forum

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM) Golden Swiftlet / Walet Emas – Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang (walet/walit), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Layang-layang (walet/walit). -

http://gem.tl.my

Direktori Pertanian Malaysia – Himpunan Weblog Pertanian & Penternakan Malaysia –

http://pertanianmalaysia.blogspot.com

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008