Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, January 8, 2009

Lawatan sambil belajar LKIM



Pada 22 Disember 08 lalu, seramai 30 orang belia yang bernaung di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melawat dan mendengar prospek mengenai industri cendawan di TAA, Bota Kiri, Perak. Belia-belia ini adalah datangnya dari keluarga nelayan yang berada pada tahap miskin sekitar Pangkor, Lumut dan Setiawan. Mereka telah dan akan diberikan penerangan dan peluang mengenai cabang ekonomi selain nelayan seperti ternakan lintah, cacing, keli kanvas dan cendawan, yang diharap dapat mengeluarkan taraf hidup mereka dari kemiskinan tegar.
Insyallah satu kerjasama antara TAA dan LKIM akan wujud bagi memudahkan beberapa peserta yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap industri cendawan. Mereka akan dilatih tentang selok-belok industri cendawan daripada pemilihan bahan mentah, proses dan pemasaran. TAA akan membimbing mereka dalam satu tempoh sehingga mereka berjaya. Apa yang penting adalah mereka dapat keluar dari garis kemiskinan dan seterusnya dapat meningkatkan kekuatan ekonomi keluarga tanpa perlu bergantung kepada agensi kerajaan lagi.


Penerangan ringkas mengenai proses penghasilan cendawan




Beberapa peserta yang menunjukkan minat terhadap industri cendawan




Makan time



Membeli cendawan segar. Setelah merasai cendawan goreng, ramai yang ingin mencuba resepi di rumah. Hampir semua peserta mengaku tidak pernah merasai cendawan goreng dan mengakui ianya memang sedap.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008