Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Sunday, January 4, 2009

Pekerja tambahan

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah dan Masehi. Tahun baru.... semua dengan azam baru. Bagi saya pada tahun baru ni ingin buat dan pakai benih sendiri... Insyaallah jika ada peluang dan ruang. Kali ni cerita lain pula. 2-3 bulan lepas, punya la susah nak cari pekerja buat beg memandangkan tempahan beg yang banyak. Sebagai ikhtiar terakhir, saya tampal poster depan rumah.



Poster tulis tangan. Tak kisah la. Janji maksud boleh disampaikan

Sesiapa yang lalu lalang, harap baca dan sebarkan. Tak sampai 2 hari, saya dah ada dekat 12 pekerja sambilan. Tak caya? tengok gambar kat bawah ni.


Ni la deretan pekerja bawah umur. Yang usia 2 tahun pun ada. Payah dan parah

Farm saya diserbu dengan pekerja bawah umur. Bancuh pas tu tuang atas lantai ...diorang dah serbu. Tak sempat tuang kali kedua, yang pertama dah licin. Ramai la katakan. Bebudak ni elok juga kerja sambilan kat sini daripada main tak tentu hala. Yang minta kerja kat sini perlu tanya mak ayah dulu dan suruh ayah datang kat farm supaya nanti tak timbul salah faham. Semua parents tak de masalah. Daripada anak mereka mandi kat terusan (kampung saya dekat dengan bendang) sampai ada yang lemas, baik cari duit untuk buka sekolah nanti.
Tapi bila budak-budak sekolah yang buat kena la faham bentuk beg. Bak kata Faisol (Ayne) segala bentuk beg boleh jumpa walaupun puas berleter. Bentuk labu sayong ada, pendek ada, senget ada, pasang neck terbalik ada(sampai 20-30 beg), yang amat lembik ada, keras macam konkrit pun ada.... Tu belum kira meriahnya bunyi letupan plastik pecah. Lepas sorang ni meletup, yang sebelah pulak menyahut. Macam muzik gamelan. Pening kepala kalau asyik nak menunggu tengok kualiti beg. Kerja lain pun tak boleh buat.

Sebahagian koleksi plastik pecah. Kena claim kat bebudak ni.

Yang bestnya..dalam 3 jam boleh hasilkan dekat 800 beg. Memang power tenaga pekerja bawah umur ni. Sekarang, bila sekolah dah buka, kena la cari ikhtiar lain untuk buat beg banyak-banyak. Setakat ni dah ada 3 orang makcik untuk petang je ..Ok la tu untuk 600 beg sehari.

Suasana jam 5 petang. Semua pekerja tadi tengah joli makan aiskrim. Dapat duit penat lelah sendiri la katakan.

1 comment:

ynaezyanasalhani@yahoo.com said...

WAHHHH...
MEMANG NIAT MURNI LA EN.AZMAN....
MARTABATKAN HISUP ANAK2 BANGSA KITA DARI MELAKUKAN PERKARA YANG TAK BERFAEDAH...

TP,XRUGI KE AMIK BEBUDAK TU KERJA??KALAU DORANG BUAT BEG YANG TAK BERKUALITI?ADA YG LEMBIK ADA YG KERAS?XMENJEJASKAN KUALITI CENDAWAN KE?

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008