Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, February 23, 2009

up date

Virus lagi....Ni la susahnya bila dah buta computer. Selalu je computer down kena virus. Dah beli anti virus original dah..pun kena gak. Saya kena banyak belajar lagi ni.



Kursus Benih pada 7-11 Feb 09 di UM.
Memandangkan kesukaran saya mendapatkan benih cendawan yang berkualiti di Perak, maka kursus ini adalah amat bermakna bagi saya. Tambahan pula kos penggunaan benih setiap bulan amat tinggi sekarang ni.
Bagi saya yang dulu sudah biasa dengan enviroment makmal, banyak benda yang bukan baru bagi saya.
Kursus ini memang berjaya bagi saya dan insyallah saya dalam usaha untuk cuba dengan peralatan mudah dulu. Apa yang penting konsep dan procedure kerja yang betul insyallah akan membuahkan hasil walaupun tidak 100%.
Jika ingin melihat foto, boleh lihat di blog kawan-kawan seperti E-cendawan, Permai desa Agrotech dan Mayang Agrotech.
Sepanjang kursus saya telah membuat 25 petri dish yang terdiri dari 6 petri dish dari tisu kultur, 6 lagi dari spora dan selebihnya ialah perpindahan pengembangan dari Fx ke Fx+1. Saya juga diberi 2 beg gandum untuk diletakkan keratan maisilium dari petri dish.
Hasilnya selepas 2 minggu:
Dari 6 petri dish tisu kultur, hanya 1 yang survive. Tu pun ada kesan sedikit contamination di tepi. Yang lain memang gagal sepenuhnya. Penuh dengan gangguan kulat dan bakteria lain.
Dari 6 petri dish spora. semuanya gagal.
Dari perpindahan pengembangan maisilium ke petri dish lain, hanya 4 yang ok dari 13 petri dish.
Dari 2 beg gandum yang diletak maisilium, ke dua-dua ada tanda hijau pada gandum.
Kebanyakkan ujikaji ni dijalankan dalam laminar flow. Ada juga dibuat dalam sterillized box macam aquarium tu, tapi tak banyak.
Emmmm....susah gak ye nak buat benih ni.

1 comment:

ayne said...

hehe.. tu psl ayne lom buat benih, walaupun dah lama tau buat

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008