Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Friday, March 27, 2009

Lawatan

2 Minggu lepas saya ambil peluang melawat beberapa projek. Masa on the way balik kampung, saya memilih jalan pantai. Selalu ikut PLUS je. Saja makan angin pantai.
Sampai Tanjung Karang, call Supaat. Rupanya dia ada kat kampung. Sempat la singgah Permai Desa Agrotech. Kawasan tenang. Keliling sawah. Kalau tension buat beg, boleh pi mancing atau mandi parit. He..he..he..Dia sekarang tengah setup untuk buat beg sendiri. Sebelum ni cari pengalaman dengan beli beg. Ada pulak plan nak besarkan rumah. Tanah dah ada. Pasaran?..Memang takde masalah sampai orang cari cendawan ke rumah. Tahniah bro..Moga terus maju.

Kemudian singgah CIMA tapi tuan tanah takde. Keluar kata staf dia. Dah lama tak datang sini. Dekat setahun ada la. Dah makin besar dah. Tanah sebelah dah cerah. Apa rancangan kak Lina?..Sama-sama kita nanti. Sempat beli 20 beg benih cendawan dan 3 pek cendawan goreng sejuk beku. 1 untuk mak mertua di Teluk Intan, 1 untuk mak kat Bota dan 1 lagi untuk peserta kursus saya. Semua orang kata sedap walaupun tanpa telur (saya agak la berdasarkan ramuan kat belakang). Siap peserta kursus mintak tambah...tapi nak buat cam mana..ada 1 pek yang last tu je. Tahniah Kak Lina. Errr...bila nak berada di hypermarket. Mesti meletup laaa...
Hari isnin (9 Mac) saya merantau lagi dengan keluarga. Kali ni ke Chenderong Balai (20km dari Teluk Intan) ke projek Ling Zhi kepunyaan CEO HLM Network Corporation Sdn. Bhd, Saudara Mohd Kafli Mohd Ghazali tapi pemilik projek pun takde. Saya pernah berjumpa dengan dia sewaktu kursus benih di UM sebulan lalu. Projek dijalankan di kampung beliau. Ada 4 buah rumah. 2 dah penuh dan 2 lagi baru dikosongkan. Sempat berbual panjang dengan Zam yang menguruskan projek di sini. Yang menariknya, semua beg disusun menggunakan gantungan tali. Memang cantik dan bersih. Gambar??...Maaf...takde.
Kemudian ke Takwa Agrotech pun di Chenderong Balai. Guru sekolah yang buat cendawan secara part time. Memang lumayan bila ada pemborong yang datang hari-hari ambil pasaran. Tak perlu fikir pasaran. Moga terus maju Takwa Agrotech.
Tengah hari ke projek cendawan anak didik TAA di Teluk Intan. Milik Puan Noridah. Hanya menggunakan rumah kosong kepunyaannya untuk memelihara lebih 3k beg. Yang perlu stok cendawan di Teluk Intan sila hubungi beliau di 017-5059502.
Minggu lepas, ada masa terluang pergi pulak ke Mycendawan. Dulu dah pegi tapi tuan tanah takde. Kali ni jumpa tuan tanah tengah rehat depan rumah. Sempat bertukar fikiran dan maklumat. Moga terus maju Mycendawan.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008