Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, March 12, 2009

Mist fan/ mist spray

Apa yang saya tulis adalah dari pemerhatian saya saja. Mungkin betul..mungkin tidak...sama-sama kita kongsi.
Mist fan/mist spray ni biasanya pengusaha menggunakannya untuk mengekalkan suhu dan kelembapan rumah. Cendawan memang nak lembab. Kalau tak nanti, masa sebesar anak mancis..dia akan kering atau insang dia kuning. Air dari cendawan diserap keluar.
Saya tak pernah menggunakan mist spray untuk tujuan melembabkan rumah. Saya hanya basahkan lantai 1-2 kali sehari. Setakat ni alhamdulillah kelembapan masih >80% (menggunakan hygrometer).
Saya suka melawat projek orang lain. Cari ilmu dan kenalan. Kalau 10 pengusaha kita lawat, akan jumpa 10 procedure yang lain. Yang tak pernah dengar pun ada. Tapi semua objektifnya adalah sama ..menghasilkan cendawan yang banyak dan kurangkan penyakit.

Antara pengusaha yang saya lawat ialah yang besar-besar, dengan pengeluaran 50 - 200kg sehari. Yang pasti, semua pengusaha besar tu tidak menggunakan mist spray walaupun berbumbung zink industri. Kenapa?
Ada antara pengusaha yang saya kunjungi dulu memang menggunakan mist spray tapi dah stop. Kenapa?..
Waktu saya kursus di UPM kira-kira 2 tahun dulu, ada mist fan dipasang di rumah unit cendawan UPM. Puan Salbiah ada cerita pasal mist fan yang dah tak guna lagi tu. Tapi saya tak ingat kenapa. Maklum la masa tu masih 'buta huruf' lagi.
Apa yang saya tahu, menggunakan mist spray akan menggalakkan penyakit hijau sehingga ke tahap wabak. Partikal halus air akan berada di mulut beg dan ini adalah kawasan yang disukai oleh kulat hijau. Partikal ini adalah berkali ganda besar dengan partikal air dalam kelembapan. Oleh itu ianya tidak boleh disamakan dengan partikal air semulajadi.
Oleh itu mereka yang menggunakan mist spray akan berhenti menggunakannya dan mencari kaedah lain untuk melembapkan dan merendahkan suhu rumah.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008